Jam 2 pagi tadi, saya masih tidur tapi dikejutkan oleh SMS yang diterima dari seorang hambaAllah yang berada di Sungai Petani kerana turun berkempen di Bt.Selambau. Mesejnya pendek saja tapi cukup dalam maknanya. Kata kawan tersebut: 'Sahabat apa sudah jadi? Pak Lah dah undur diri, Najib dah jadi PM dan Tun Mahathir serta geng dia sudah kembali mendominasi media dan kelihatan di mana-mana, awat BN kalah juga di Bt.Selambau dan Bt.Gantang? Mungkin doktor UMNO salah bedah kot? Jangan-jangan doktor UMNO tu yang tak betui? Jangan-jangan doktor tu yang kena bedah otak dia?'. Saya tidak mahu komen panjang tentang SMS yang saya terima. Jadi WallahuAlam bisawab, ada soalan adalah jawab!
Saya sempat membaca blog yang ditulis oleh Steven Doss yang mengatakan DS Najib tidak perlu membawa baggage yang datang bersama-sama Mantan PM Tun Dr. Mahathir kerana pada pandangan beliau Tun Mahathir adalah suatu liabiliti. Dalam tahun 2004 orang-orang penting GAPENA telah bertemu dengan Pak Lah di Putrajaya dan menyatakan keperihatinan mereka tentang PPSMI dan perlunya dasar itu diubah dan tidak diteruskan kerana ia amat merugikan. Jawapan Pak Lah ialah itu semua adalah baggage masa lalu yang perlu dibawanya dan dia tidak dibenarkan mengubahnya. DS Najib, jangan sampai bab-bab baggage ni jadi pisang berbuah dua kali! Cukuplah sekali dan hanya Pak Lah yang menjadi korbannya.
Wednesday, April 8, 2009
UMNO telah di salah bedah?
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 2:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Asalamualaikum,
Terima kasih atas surat terbuka ini yang saya kira dapat memahami mesej SMS yang saya terima. Saya syorkan anda membaca buku karangan DS Zainuddin Maidin bertajuk Surat Daripada Dr.Mahathir. Sebagai seorang bekas wartawan yang amat berkaliber dan ahli politik yang amat mengenali Tun Dr.Mahathir banyak yang diperkatakannya tentang beliau. Juga DS Zam berani menulis apa yang mungkin tidak mampu disentuh oleh orang lain kerana saya yakin beliau menulis perkara yang benar. Terima kasih atas respon saudara.
Post a Comment