Monday, March 30, 2009

It takes 2 to Tango

Euphoria pemilihan UMNO 2009 mungkin telah selesai tapi kesan sampingannya masih belum habis. Samada dalam media arus perdana maupun di kalangan bloggers semuanya masih belum selesai. Apa pun keputusan pilihanraya kecil di Kedah, Perak dan Sarawak pasti akan dinantikan dengan penuh debaran sebagai litmus test kepada perpaduan dan 'kewarasan' yang akhirnya kembali kepada pemikiran orang-orang tertentu di dalam dan di luar UMNO.

Saya bukan nak mengatakan ada orang yang tidak waras dalam UMNO selama ini, tetapi mungkin ada orang-orang tertentu yang merasa terlalu tergugat dan dihantui oleh perubahan-perubahan yang di bawa oleh Pak Lah sejak 5 tahun lalu sehingga segala fokus, pertimbangan serta pemikiran menjadi kacau-bilau dan tidak menentu sehingga bertindak seperti gunting dalam lipatan, pagar makan padi, menghantar bola tanggung kepada puak lawan dan entah apa lagi terma yang layak diberikan nama.

Syukur Alhamdullilah, akhirnya semua orang memilih 'kewarasan' bahwa UMNO lebih besar dan penting dari segala-galanya walau siapa pun kita! Samada Pak Cik Amat di Kuala Ibai atau Tok Cik Din di Naka atau Inap di Kota Belud dan semua gergasi politik Malaysia yang berkampung di PWTC dari 23- 28 hb Mac yang lalu pastinya pengalaman melihat Tun Dr.Mahathir bersalaman dan berpeluk dengan Pak Lah di Dewan Merdeka adalah sesuatu yang tidak akan pudar dalam ingatan ramai untuk suatu waktu yang lama. All ends well? Hanya masa yang akan mempamerkan segalanya.Tapi doa saya biarlah 'kewarasan' terus menjadi urat nadi perjuangan semua orang UMNO. InsyaAllah.

Satu perkara yang saya kagum tentang Pak Lah ialah sifat beliau yang cukup pemaaf. Macam 'raja' manusia Pak Lah ni. Apa juga yang dikatakan, difitnah, ditohmah ditikam dari belakang dll buatlah apa pun kepada beliau, anda akan tetap dimaafkan. AllahYarhamah Kak Indun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Pak Lah terlalu sabar sehingga kadang-kadang dia rasa macam nak tumbuk muka Pak Lah supaya dia sedar apa yang orang sedang lakukan kepadanya!. MasyaAllah. Tapi begitulah Pak Lah. Dia dididik dengan nilai-nilai agama Islam yang mementingkan kesabaran dan tahan diuji dan diduga. Kerana begitulah peraturan kehidupan di dunia seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

Soalnya, orang lain disekeliling Pak Lah lah yang harus pandai menjaga hati beliau. Kalau orang dah baik, kita harus pandai menjaga beliau kerana beliau tetap manusia dan punya perasaan dan maruah diri.Tidak ada istilah merajuk, tidak dihormati atau apa juga 'penyakit' dalam hati beliau yang akan menyebabkan Pak lah melakukan perkara-perkara yang nasty kepada orang yang berbuat tidak baik kepadanya!. Kalaulah semua manusia dalam politik kita boleh berbuat demikian, aman makmur adanya negara ini sampai bila-bila.

Friday, March 27, 2009

Analisis Agenda Awani

24 jam selepas YB KJ pemilihan Ketua Pemuda baru UMNO stesen Awani Astro dalam rancangan Analisis Agenda membariskan YB Dato Mukriz Mahathir, Norizan Sharif dari Institut INMIND dan beberapa orang lain lagi. Kedua panel ini membangkitkan antara lainnya
pada pandangan saya persepsi negatif serta sedikit sinis tentang kemenangan YB KJ. Maklum saja 24 jam adalah tempoh yang terlalu pendek untuk siapa juga menerima 'keterkejutan' yang sedemikian rupa. Beberapa kali telah saya catatkan tentang elemen-elemen 'Unsangkarable' dalam pemilihan UMNO dan sehingga di saat-saat akhir itulah yang terjadi.

Pun begitu, saya tidak nampak di mana sebabnya seseorang harus sinis dengan kemenangan YB KJ. Meski pun bukan mendapat kemenangan majoriti, ianya suatu kemenangan besar (50 undi dari YB Khir Toyo dan 70 undi dari YB Mukriz). Ini bukan kelebihan undi 5 atau 10 tetapi 50!
Dan YB KJ cukup realistik dan dengan penuh rendah hati mengakuinya dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Pemuda selepas diumumkan kemenangannya. Mungkin dalam keterujaan yang sebegitu beliau terlupa mahu mengucapkan perlunya dirapatkan barisan dalam Pemuda UMNO selepas ini seperti yang dilakukan oleh Dato Shahrizat Jalil. Saya yakin walau pun beliau tidak menyebutnya, YB KJ tetap akan berusaha merapatkan barisan seperti yang dikatakan oleh Pak Lah.

YB Dato Mukriz Mahathir pula mungkin masih di dalam 'denial syndrome' bila mengatakan ke mana saja beliau pergi, ramai yang mengerumuninya dan menyatakan kekecewaan kerana beliau tidak menang. Malah beliau masih mempertikaikan imej YB KJ yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin tetapi diberikan amaran dan dibenarkan bertanding. Pun begitu sesiapa pun tidak mahu bercakap tentang apa 'kesalahan' YB KJ yang sebenarnya. Beliau tidak didakwa kerana politik wang tetapi salah laku dan etika. Malah Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudin sendiri mengatakannya begitu dan menjelaskan kenapa hukumannya berbeza dari yang dikenakan kepada YAB Dato Ali Rastam. Pengerusi Lembaga Disiplin ini mengatakan bahawa tidak ada bukti mengaitkan YB KJ dengan ejen-ejennya dan tidak ada kes sebenarnya dalam hal ini.

Biasalah, kita melihat apa yang kita mahu lihat. Jadi kalau pun diterangkan dengan begitu teliti oleh Lembaga Disiplin, mereka yang mahu melihat YB KJ sebagai bersalah dalam politik wang (atau apa juga) akan melihatnya begitu. Pun begitu, mungkin lebih ramai anggota perwakilan Pemuda UMNO yang tidak melihatnya begitu malah membaca semua ini sebagai satu lagi konspirasi untuk memastikan YB KJ tidak terpilih! Kata pepatah orang putih there are two sides of a coin! Fikir-fikirkan....

Tuesday, March 24, 2009

Dosa KJ ialah.......

Dosa KJ ialah:-

1). Dia 'budak' Oxford yang dapat 1st Class Honours - dia terlalu cerdik. Hang Nadim mesti dibunuh!
2). Dia menantu Pak Lah PM yang akan mengundurkan diri beberapa hari saja lagi-calon Ketua Pemuda lain semua anak nelayan dan petani. Ini tak adil. KJ ada advantage edge dan orang lain tak ada!
3). Dia anak Diplomat yang lahir di Kuwait dan besar di luar negeri- jaga-jaga dia mungkin direkrut oleh CIA!
4). Dia handal berdebat dan pemimpin parti lawan pun menghormatinya dan Ketua Pemuda PAS pun kata ini bakal Ketua Pemuda UMNO- lagi bahaya dia mungkin ada 'deal' dan kerjasama dengan pembangkang. Nanti hilang 5 negeri lagi!
5). Dia berumur 33 tahun- terlalu muda bagi laluan kepada yang lebih tua dan memang nampak tua supaya ibu-bapa mereka boleh tutup mata bila mati esok. Kalau tak kempunan sampai mati!
6). KJ dapat laluan percuma masa jadi Naib Ketua Pemuda dulu- tak adil sebab siang malam Dato Hishamuddin di 'peras-ugut' secara psikologi oleh Pak Lah dalam ucapan-ucapannya (hang tak bagi menantu aku jadi Naib Ketua Pemuda jaga hang! Aku yang letak hang jadi Menteri). Jangan main-main Pak Lah tu nampak saja lembik tapi bahaya. Amat berbeza dari Tun Mahathir yang nampak garang tapi hatinya baik, lemah lembut dan tak pernah buat naya atau buli sapa pun. Karpal Singh memang jahat kerana panggil Tun ahli politik longkang (gutter politician!).
7) KJ memang larger than life figure dan budak-budak muda yang kaki main bola semua suka dia pasal tu dia orang bersorak KJ! KJ! KJ! di PWTC semalam. Ni budaya angkuh yang dibawa oleh KJ. Tak boleh jadi. Kita nak yang baik-baik dan diam-diam bukan cult figure macam tu. Apa ingat ni Liverpool lwn Manchester United ka?

Dan ada 1001 dosa YB KJ kenapa dia tak boleh menang jadi Ketua Pemuda UMNO. Tak ini bukan reverse psychology tapi fikir-fikirlah sendiri...Bukan juga sebab ada orang yang takut jadi macam Thaksin Shinawatra atau Marcos!

Kepada YB KJ, kalau menang jangan besar kepala tapi kalau kalah jangan lupa anda hanya 33 tahun Dik!

Monday, March 23, 2009

Kredibiliti Seorang Penulis

Sejak dua hari lalu beberapa orang penulis seangkatan dengan En Yahya Ismail telah saya hubungi. Kebanyakan mereka mengatakan telah lama tidak membaca atau melihat tulisan beliau yang mempunyai nilai akademik yang tinggi. Ini kerana semua orang tahu beliau lebih banyak menulis buku-buku politik yang ramai mengganggapnya sebagai kontroversial malah tidak beretika kerana mengandungi fitnah yang tidak dapat dibuktikan. Jadi mereka tidak hairan buku terbarunya Tuah dan Sial KJ dibawa ke balai polis dan repot dibuat mengenainya. Malah beliau juga dilaporkan mengugut YB KJ supaya membayar Rm100,00 supaya buku itu tidak diterbitkan.

Kata En.Yahya dalam satu laman blog yang saya baca berkaitan dengan perkara ini, beliau bukan mengugut tetapi mahu 'berurus-niaga' tentang penerbitan buku itu . Jika RM100,000 diberikan, YB KJ akan mendapat hak menerbit buku tersebut atau tidak menerbitkannya. Saya tidak tahu apa namanya urus-niaga begini tetapi saya yakin semua pembaca mempunyai terma nya sendiri. Apa pun, saya amat sedih seorang bekas pensyarah saya yang sering bercakap tentang kredibiliti dan ilmu kalau mahu menjadi penulis berada dalam keadaan yang begini. Apa pun sebabnya, saya yakin En.Yahya yang mempunyai pendidikan tinggi dalam kesusasteraan (MA dari Monash University Australia) kalau tak salah saya, perlu bermuhasabah dan memikirkan apa yang dilakukannya kali ini mungkin agak keterlaluan dan mungkin ada harga tinggi yang perlu dibayar kemudian hari.

Sunday, March 22, 2009

YBhg.Tun Dr. Mahathir kata jangan rasuah!

Saya menonton ucapan Mantan PM Tun Dr. Mahathir dalam Astro Awani semalam. Saya simpati, saya gembira dan saya rasa lega bila melihat Tun berkali-kali bercakap menentang rasuah. Alhamdullilah akhirnya Tun benar-benar mahu rasuah dibasmi di negara ini, kerana saya yakin semua orang letih memikirkan kenapa kes Tan Sri Eric Chia dan PERWAJA tidak diambil tindakan selama hampir 17 tahun? Dan tindakan menyaman beliau hanya dimulakan lepas 17 hari Pak Lah mengambil alih sebagai PM pada bulan September 2003!

Kata Prof Dr. Abdul Rahman Abd.Aziz dari Institut Pemikiran Tun Dr.Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia dalam Kongres Kebudayaan Melayu II baru-baru ini, setelah beliau meletakkan jawatan, rakyat Malaysia perlu berperang dengan 'hantu' yang ditingglkan oleh Mantan PM ini. Saya amat simpati kepada beliau kerana di umur 85 tahun, Tun Dr. Mahathir perlu berperang dengan 'hantu' yang ditingglkannya sendiri. Doa saya Allah memberikan petunjuk taufik dan hidayat Nya kepada Tun Dr.Mahathir dan ahli keluarga beliau dan diberi kesejahteraan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Unsangkarable of the Unsangakarble

Pagi-pagi tadi saya dikejutkan oleh seorang comrade blogger bahawa YB KJ membuat repot polis kerana diperas ugut oleh penerbit buku politik Yahya Ismail supaya buku yang mengandungi cerita yang memburukkannya tidak akan diterbitkan. Lama dulu saya mengenali Yahya Ismail sebagai pensyarah kesusasteraan di USM. Kadang-kadang saya membeli dan membaca juga buku-buku politik yang beliau tulis dan terbitkan. Sejak dari dulu beliau adalah seorang yang hyper-critical dan sentiasa ada yang hendak dikritik tentang apa juga. Saya kurang pasti, tetapi setahu saya isteri beliau adalah anak buah Mantan PM Tun Dr.Mahathir kerana begitulah yang pernah beliau beritahu kami di dalam kelas (apologi saya pohonkan sekiranya ini tidak benar). Dan untuk sekian lamanya, semua orang tahu bahawa Yahya Ismail sangat-sangat kritikal terhadap Dr. Mahathir. Biasalah ramai orang yang mempunyai hubungan rapat tapi berstatus sayang tapi benci dengan Tun Mahathir (tak percaya tanya Dt. Zam Mantan Menteri Penerangan)!

Suatu lagi kejutan unsangkarable untuk YB KJ? Atau tak lebih dari distractions untuk menekan beliau supaya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pertandingan Ketua Pemuda UMNO beberapa hari lagi? Banyak kemungkinannya, tetapi seperti kata orang putih when the going is tough, only the tough gets going. Jadi melihat gambar YB KJ tersenyum meleret (dari telinga sampai telinga!) memegang repot polis di depan Balai Polis Brickfield dalam blog prokhairy.com saya yakin YB KJ amat sedar ini hanyalah satu lagi 'permainan' seperti kata Pak Lah yang dipetik oleh S.Hussain Al Attas dalam buku terbarunya Dari Janda Baik ke Laut China Selatan.
Ada orang kepanasan agaknya sebab dah di dapati bersalah tapi dibenarkan bertanding pulak?Ini apa punya cerita? Sebab Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudin sendiri yang mengatakan tiada kes untuk membuktikan YB KJ mempunyai kaitan dengan ejen-ejennya. Jadi kalau dah tak ada kes apa sebenarnya yang berlaku? Seperti kata Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudin 'hanya Allah yang mengetahui segala-galanya'!

Saturday, March 21, 2009

'Unsangkarable' dalam UMNO

Seperti yang telah saya catatkan sebelum ini, banyak perkara yang boleh berlaku setiap kali pemilihan UMNO diadakan. Dan terjadilah apa yang dikehendaki terjadi. YAB Dato Ali Rastam didapati bersalah dan tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Tidak cukup dengan itu, rayuannya juga ditolak. Tetapi pemimpin yang berwibawa ini menerimanya dengan hati terbuka, senyum yang tidak lekang dari bibirnya dan keakuran yang tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun. Tiada marah-marah dan sumpah seranah, tiada rasa kecewa atau menyalahkan sesiapa pun dan beliau menerima segalanya dan meneruskan tugas macam biasa. Dato Ali Rastam mempamerkan kekuatan dalaman yang tidak sedikit dan saya tidak yakin semua orang mampu berbuat demikian. Saya kagum dengan sikap beliau.

YB Khairy Jamaluddin pula didapati bersalah (dan beliau dilaporkan tidak tahu apa yang telah dilakukannya sehingga didapati bersalah!) tetapi diberi amaran dan dibenarkan bertanding. Ini suatu lagi kepelikan dan 'unsangkarable' yang paling tidak disangka-sangka! Tetapi YB KJ yang tetap tenang meneruskan kempen beliau seperti biasa. Ada konspirasi untuk mencantas semua calon yang dikatakan orang Pak Lah? Atau mahu memastikan orang tertentu menang tanpa masalah besar walau pun the chips are down on them? Segala-galanya mungkin walau pun ada yang awal-awal lagi menafikannya. Malah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin juga mengungkapkan kata-kata "Hanya Allah mengetahui segala-galanya" tentang keputusan yang telah diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Kepada YB KJ, ingatlah bahawa perjuangan itu bukan perjuangan namanya kalau ianya mudah dan tidak ada halangan serta ujian yang harus dilalui. Sememangnya Allah mengetahui segala-galanya jadi berdoalah banyak-banyak mendapatkan pertolongan dari Allah SWT. Dan jangan lupa bahawa doa orang yang terinaya itu amat dekat dengan Allah dan Dia akan segera menunjukkan yang benar dan yang tidak benar. Anak saya ada kata-kata yang selalu diucapkannya setiap kali sesuatu yang mengecewakan saya berlaku disebabkan oleh perbuatan orang lain iaitu 'hidup ini kadang-kadang tidak adil, tetapi hanya Allah yang adil.' Jangan patah semangat Dik, teruskan perjuangan. Dan seperti kata Pak Lah yang dipetik oleh Pak Habib dalam buku terbarunya " Segala-galanya adalah permainan. Permainan hidup dan kita tidak ada apa-apa melainkan menjadi sebahagian daripada permainan itu. Yang kita ada hanyalah diri kita dan keluarga kita" Begitulah lebih kurang maksudnya. Cantik kata-kata Pak Lah itu dan renung-renungkan.....

Thursday, March 19, 2009

Sisters in Islam dan anak-anak Mantan PM dan PM

Satu kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Kongres Kebudayaan Melayu II baru-baru ini oleh Prof Madya Dr. Rahimin Affandi dari Universiti Malaya menyentuh banyak perkara tentang gerakan Islam Liberal di Malaysia serta Indonesia. Mengikut Dr.Rahimin lagi pertubuhan Sisters in Islam di Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan beberapa pertubuhan Islam Liberal di Indonesia kebelakangan ini. Sewaktu sesi pertanyaan seorang peserta kongres bertanya kepada beliau benarkah Sisters in Islam didalangi oleh anak Mantan Perdana Menteri dan anak Perdana Menteri di belakangnya? Dr Rahimin menjawab bahawa perkara itu adalah benar.

Selepas sesi tersebut saya sempat bertemu dan bercakap dengan Dr.Rahimin sendiri dan menyatakan saya tidak yakin jawapan beliau itu tepat dan berjanji akan menyiasat tentang perkara ini kerana sekiranya tidak benar, dalam senario pemilihan UMNO sekarang perkara ini boleh menjadi sensitif, malah menjadi fitnah yang amat serius dari seorang Pensyarah Fakulti Pengajian Islam.

Semalam semasa pelancaran Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur saya bernasib baik kerana berjumpa dengan kawan lama Datuk Leela Mohd Ali yang merupakan CEO Yayasan Budi Penyayang dan menceritakan apa yang berlaku dalam Kongres. Beliau amat rapat dengan Puan Nori Abdullah Pengerusi Yayasan Budi Penyayang anak kepada PM sekarang dan isteri kepada YB Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 25 Mac nanti. Datuk Leela (yang saya panggil Kak Leela) menceritakan kepada saya dulu Puan Nori memang pernah aktif dalam Sisters in Islam, tetapi tidak lagi sekarang ini kerana terlalu banyak komitmen dan atas banyak sebab lain terutama kerana tanggung-jawab kekeluargaan dan dua orang anak kecil yang amat memerlukan perhatian beliau.

Pagi tadi saya menalipon Dr.Rahimin dan menerangkan kepada beliau apa yang saya ketahui dan meminta beliau membetulkan kesilapan fakta tentang Puan Nori. Semoga isu yang dibangkitkan tidak akan mendatangkan masalah kepada sesiapa pun terutama sekali kepada YB KJ yang sedang menghadapi ombak dan badai perjuangan UMNO. Dan semoga segala ujian dan apa juga yang dihadapi akan terus mengentalkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan. Jangan lupa dengan ayat Al-Quran yang mengatakan "Dan Kami akan menguji mereka dengan ujian yang berat supaya Kami mengetahui siapakah di antara mereka yang benar-benar sabar dan benar-benar berjuang ke jalan yang benar".

Maaf saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk bercakap bagi pihak Datuk Paduka Marina Mahathir tentang penglibatan beliau dengan Sisters in Islam dahulu dan sekarang.

Wednesday, March 18, 2009

Kongres Kebudayaan Melayu II.

Kongres Kebudayaan Melayu II yang berlangsung pada 16-17 Mac 2009 di Wisma Sejarah baru-baru ini agak panas dengan pembentangan 16 kertas kerja yang begitu lama dinantikan (dan ramai yang memendam rasa saya kira!). Sejak tiga tahun yang lalu saya dan beberapa orang rakan dari UPM cuba menjayakan kongres yang telah terlalu lama seperti dipinggirkan ini. Dari UPM, Prof.Dato Dr.Zainal Abidin Borhan dari UM pun kami rundingi untuk menjayakannya dan masih tidak mendapat restu pihak tertentu. Penantian sememangnya suatu penyiksaan! - alfatihah untuk Zubir Ali


Hanya selepas Tsunami Politik 2008 baru saya dan Tan Sri Ismail Hussein, Prof Dt. Dr. Zainal Kling, Prof Dt. Dr.Latiff Bakar dll benar-benar duduk berbincang berkali-kali dan akhirnya kongres ini berjaya juga diadakan. Cuma saya sedikit terkilan, Dt. Omar Hashim dari Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)yang mula-mula bersetuju mengadakan kongres ini (sebelum perbincangan dengan GAPENA) dan mencadangkannya dalam ucapan beliau pada mesyuarat
tahunan PSM tidak dapat bersama kami kerana berada di luar negeri. Pun begitu junjungan kasih kami atas sokongan dan segala bantuan sehingga kongres ini berjaya dilaksanakan. Begitu juga kepada YB Menteri Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang komited sejak dari awal lontaran idea mengenai kongres ini mula diperdengarkan.


Di bawah ini saya sisipkan deraf resolusi yang telah tercerna dan masih dalam proses penyempurnaan:


Resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan Melayu II
Majlis pembukaan oleh YB Dato' Shaffie Afdal ...
1. MUKADDIMAH
Kongres Kebudayaan Melayu II (KKM II) yang bersidang pada 16-17 Mac 2009, di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur adalah kesinambungan dari KKM I yang bersidang di Melaka pada tahun 1957 dan juga Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) yang bersidang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1970, dengan dihadiri oleh 250 orang peserta terdiri dari pelbagai pertubuhan kebudayaan Melayu dan para peserta perseorangan dari seluruh Malaysia merakamkan asas tindakan serta resolusi-resolusi seperti berikut:
2. ASAS TINDAKAN
Bahawa kami anggota pelbagai pertubuhan kebudayaan Melayu adalah merupakan hati nurani dan juru bicara masyarakat Malaysia yang amat prihatin terhadap keutuhan negara, perpaduan bangsa serta segala pembangunan kemajuannya, berlandaskan seluruh sistem perundangan negara, khususnya Perlembagaan Persekutuan. Kami juga yakin bahawa semua pemikiran dan tindakan berkaitan fenomena kebudayaan di Malaysia mestilah berlandaskan gagasan kesatuan kebudayaan di seluruh Alam Melayu sebagai asas alam yang luas, bersejarah panjang, berperadaban tinggi dan keimanan Islam yang suci dan mulia.
3. RESOLUSI-RESOLUSI:
1. KEBUDAYAAN NASIONAL
a. Kami menjunjung seting-tingginya pelbagai resolusi yang telah dimaktubkan dalam sidang-sidang KKMI dan KKK dan menegaskan kembali pelbagai resolusi itu sebagai wajar dan relevan bagi Malaysia kini. Kami juga, khususnya, menegakkan kembali gagasan ‘kebudayaan Melayu/Bumiputera adalah teras kebudayaan kebangsaan’ dengan erti gagasan ini menjadi landasan serta kerangka bagi semua perkembangan dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia. Maka kami mendesak agar Kementerian dan pelbagai agensi kerajaan sentiasa memastikan pemantauan dan perlaksanaan gagasan ini di sepanjang masa;
b. Kami menegaskan kembali prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) seperti berikut:
i. kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan pribumi di rantau Alam Melayu,ii. unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan,iii. Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan;
c. Kebudayaan Melayu/Bumiputera adalah visi dan kerangka budaya yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi landasan pembangunan dan kemajuan kebudayaan Malaysia, maka dengan itu, kami menolak segala gagasan dan tafsiran yang berkait dengan ‘multiculturalism’ sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebuyaaan bangsa;
d. Kami menganjurkan dan mendesak Kerajaan melaksanakan pembangunan kebudayaan berasaskan nilai-nilai luhur dan mulia kebudayaan Alam Melayu khususnya nilai ‘budi’, ‘adat’ dan ‘adab’ rumpun Melayu dan menubuhkan secara rasmi badan kajian adat bagi melaksanakannya sebaik-baiknya.
e. Kerajaan menubuhkan sebuah yayasan untuk memantau perlaksanaan kebudayaan kebangsaan dan pembangunan segala bentuk dan ciri kebudayaan Melayu/Bumiputera untuk menjadi landasan tamadun bangsa;
11. KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN
a. Kami menegaskan bahawa Malaysia ialah negara persekutuan terdiri dari Negeri-Negeri Melayu/Bumiputera sebagai kelansungan utuh dari sejarah Negeri-Negeri Melayu/Bumiputera dan pada zaman tadbiran kolonial yang telah diserahkan kembali kepada Raja-Raja dan wakil-wakil rakyat Malaysia pada tarikh kemerdekaan dengan segala persetujuannya termaktub di dalam semua undang-undang perlembagaan negara;b. Kami menegaskan bahawa pelbagai Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada keutuhan kenegaraan Melayu sebagai teras mulia dan sakral bagi perundangan itu. Maka dengan itu, kami mendesak dan menuntut semua rakyat menghormati semua peruntukan dalam semua undang-undang perlembagaan itu tanpa tafsiran terpilih-pilih dan serong terhadap setiap peruntukannya;c. Kami menghormati prinsip ‘pemisahan kuasa’ dalam Perlembagaan negara dan yakin terhadap fungsi pemerintahan adil yang tersirat di dalam prinsip itu, maka dengan itu kami juga menuntut agar Perlembagaan tidak dipinda sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kemuliaan raja, kepentingan rakyat dan hak istimewa MeJayu/Bumiputera dan serta hak asasi semua rakyat menjadi lemah dan remeh;d. Keseimbangan kuasa antara kedaulatan serta kemuliaan raja dan rakyat mestilah sentiasa terpelihara melalui adat-istiadat atau konvensi kenegaraan dan pemerintahan demokrasi yang adiJ dan penuh tanggung-jawab dan beradab; kedua-dua pihak ini adalah pengimbang wajar terhadap kemutlakan kuasa masing-masing demi kewujudan seJuruh bangsa;
111. SISTEM POLITIK
a. Kami mendukung sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi, dan kedua bahagian itu menjadi bahagian sempurna dan utuh bagi kerajaan Malaysia. Demikian juga, institusi Raja dan Majlis Raja-Raja adalah menjadi bahagian utuh dari sistem pemerintahan Malaysia, maka segala kemuliaan dan kuasa yang termaktub sebagai ‘pemerintah tertinggi’ mestilah dipelihara dan dijunjung tinggi oleh semua pihak;b. Sistem demokrasi menuntut semua rakyat melaksanakan kuasa mereka dengan penuh tatasusila, obligasi dan tanggung-jawab terhadap seluruh peruntukan perundangan demi keamanan, kesejahteraan dan kebajikan bersama, maka kami menuntut segala bentuk peruntukan perundangan yang meremehkan dan menjatuhkan kemuliaan raja sebagai puncak pemerintah negara dan negeri-negeri mestilah dipinda dan ditarik balik;c. Keluhuran Perlembagaan dan dasar-dasar utama Negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukunegara dan dasar bahasa kebangsaaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa terutama DEB untuk mencapai kesimbangan ekonomi antara kaum;d. Kepimpinan Negara sejak Dato Onn Jaafar sehingga ke zaman kini sentiasa meneguhkan tiga prinsip teras Negara: agama, bangsa dan Negara. Maka kami mendesak supaya prinsip ini kekal menjadi teras perjuangan dan kepemimpinan Negara selamanya.
1V. SISTEM EKONOMI
Sistem ekonomi mestilah memancarkan pengagihan saksama terhadap kekayaan negara tanpa sebarang kaum atau kelompok mendominasi pemilikan kekayaan dan peluang guna tenaga dengan menyusun semula struktur dan asasi ekonomi kolonial yang berterusan di Malaysia demi kedaulatan Negara, maka kami menuntut peruntukan hak-hak istimewa Melayu/Bumiputera terutama berkaitan Perkara 153 dan tanah rezab Melayu sentiasa dilaksanakan sepenuhnya sambil menghargai hak sah semua kaum, maka kami mendesak supaya kajian hasil dan natijah DEB dilakukan untuk memenuhi keperluan keseimbangan ekonomi Bumiputera;
V. PENDIDIKAN
a. Sistem pendidikan mestilah berfungsi sebagai wahana membina keutuhan negara, perpaduan bangsa, jatidiri bangsa, keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progreasif, sikap dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia;b. Kerajaan mesti melaksanakan dan mencapai kesakasamaan pendidikan berkualiti melalui perantaraan bahasa kebangsaan tunggal, kemudahan menyeluruh di semua wilayah, meritokrasi yang terpilih dari semua golongan dan penyampaian khidmat yang penuh azam serta dedikasi oleh semua pihak;c. Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah .hingga universioti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh lapisan masyarakat; perlaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan mertabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara;d. Pendidikan bahasa kebangsaan mesti diwajibkan kepada semua warganegara sehingga ke tahap fasih, sambil menggalakkan mereka memperolehi kemahiran bahasa kedua dan pelbagai bidang ilmu; semua anggota tadbiran kerajaan dan masyarakat awam terutama anggota dalam perkhidmatan dan pembuatan undang-undang mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat;e. Kerajaan mesti melaksanakan pendidikan seni serta nilai-nilai kebudayaan kebangsaan dan sejarah serta peradaban bangsa sebagai landasan untuk mencapai kekuatan pribadi, keutuhan jatidiri serta ketaat-setiaan terhadap negara dan bangsa;f. Kerajaan mesti meneliti kembali kurikulum pelajaran kebangsaan untuk meneguhkan pendidikan semasa dan antarabangsa serta jatidiri melalui peneguhan pendidikan sastera, budaya dan bahasa.
V1. BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN
a. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti diperoleh dengan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat demi keutuhan dan dan kesatuan bangsa dan negara;b. Bahasa Kebangsaan telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi perantaraan pendidikan dan pencapaian segala bidang keilmuan serta kemahiran setingginya, bagi semua lapisan masyarakat;.c. Permerolehan bahasa-bahasa lain adalah kemahiran tambahan yang wajar bagi meningkatkan keupayaan bangsa, mendalami sumber keilmuan dan meluaskan hubungan di serata dunia antarabangsa;d. Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuat-kuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah kepada tahap universiti;e. Kesusasteraan adalah wahana kemanusiaan yang berbudi tinggi demi pembinaan bangsa yang beradab dan berhemah tinggi serta berjiwa besar oleh itu mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mestilah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib dalam semua lapisan pendidikan Negara.f. Kesenian adalah pengucapan dan daya cipta mulia dan tinggi bagi setiap individu dan seluruh bangsa demi pemertabatan maruah dan hemah pada tahap antarabangsa, maka pembinaan dan kemajuan seni mestilah selaras dengan landasan kebudayaan kebangsaan serta dari kekayaan sumbernya di seluruh Alam Melayu dan warisan kemanusiaan global
V11. MEDIA
a. Semua bentuk dan pemilikan media mesti memainkan peranan utama sebagai wahana peneguhan teras nasional, kesadaran nasional, keutuhan bangsa dan negara serta kepentingan dan perpaduan nasional dan juga pemikiran bangsa;b. Media mesti berperanan sebagai saluran dan wahana maklumat, pendidikan serta hiburan yang terkawal tanpa terlalu terlibat dengan budaya hedonisme, kekerasan dan takberakhlak. Media juga menjadi saluran paling berkesan antara kelompok-kelomppok masyarakat, seluruh negara, serantau dan antarabangsa maka ia menjadi wahana pengembling perpaduan serta kesatuan bangsa. Maka kami mendesak penyelarasan media mesti dilakukan untuk mencapai kesejahteraan dan perpaduan bangsa;c. Filem adalah media amat berkesan dalam menyampaikan pelbagai gagasan dan tindakan terutama berkaitan kebudayaan, maka kami mendesak supaya filem digunakan sepenuh untuk meneguhkan jatidiri bangsa dan menyaring keselamatan bangsa dan Negara;
V111. ISLAM
a. Kami berpegang teguh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai piagam yang telah termaktub tentang peranan dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan segala implikasinya mengatasi semua sistem agama dan kepercayaan yang lain dalam negara; maka peruntukan itu menuntut semua rakyat Malaysia menghormati kedudukannya, peranannya dan kemuliaanya, di samping menegaskan hak mengamalkan agama dan kepercayaan lain secara aman dan damai;b. Islam adalah kekuatan kebudayaan Melayu yang menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar Negara. Maka kami mendesak supaya kerajaan mengawal segala bentuk pemikiran dan tindakan dengan lebih berkesan untuk memelihara keutuhan Islam dan bangsa Melayu/bumiputera sebagai bangsa ‘definitif dalam Negara;
1X. PERPADUAN BANGSA
Kami mendesak agar perpaduan dan keutuhan bangsa serta kesejahteraan masyarakat menjadi matlamat dan sasaran utama dalam segala bentuk penggubalan dasar, perancangan program dan perlaksanaan projek pembangunan berlandaskan perundangan negara dan Perlembagaan persekutuan sebagai landasan sahih bagi segala penggunaan peruntukan kewangan negara secara penuh integriti dan telus.
X. GLOBALISASI
Kami mendesak agar kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia memandang dan menangani proses globalisasi dengan penuh waspada dan pengertian demi keutuhan bangsa dan negara serta kelangsungan corak hidup bangsa yang wajar, berakhlak dan beradab.

KAMI, PARA PESERTA KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU II YANG BERSIDANG D1 WISMA SEJARAH DENGAN SEGALA RELA HATI MENERIMA SEMUA PERUNTUKAN UTAMA DAN SEMUA PERINCIAN TERHADAP PERUNTUKAN UTAMA RESOLUSI-RESOLUSI INI. KAMI MENYERAHKANNYA KEPADA KERAJAAN SEBAGAI PIAGAM DAN PEGANGAN KAMI DEMI KEUTUHAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN BANGSA MALAYSIA KINI DAN MASA HADAPAN.
KAMI TURUNKAN TANDA TANGAN SEBAGAI PENGESAHAN TERHADAP CITA DAN HARAPAN KAMI SEPERTI TERMAKTUB D1 DALAM RESOLUSI INI:
YBhg Dato’ Narliza RafliKetua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
YBhg Dato’ Termuzi Haji Abdul AzizKetua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka
YBhg Dato’ Haji Omar Mohd HashimPengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
YBhg Tan Sri Prof Emeritus Dato’ Dr Ismail HusseinKetua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (GAPENA)
Termaktub di Wisma Sejarah Jalan Tun Abdul Razak Kuala LumpurPada 17 Mac 2009Bersamaan 20 Rabiulawal 1430H
Kongres ditutup oleh Dato Seri Annuar Zaini, Pengerusi Bernama.

Pun begitu dalam sinis, pesimisme, marah, getir dan kekecewaan yang tidak sedikit tertangkap di cuping telinga saya sepanjang dua hari kongres ini, melihat kegigihan serta kocakan nostalgia dan emosi ayahanda Prof Dt.Zainal Abidin Borhan iaitu Datuk Borhan Md.Yamin saya turut merasa sebak dan keharuan perasaan tentang banyak perkara yang tidak terungkap dan mungkin tidakakan dimengertikan oleh sesiapa pun.

Friday, March 13, 2009

Insuran Pengganguran

Sewaktu sesi perbahasan tentang Pakej Ransangan Ek0nomi Kedua yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, YB Khairy Jamaluddin telah mencadangkan antara lainnya diwujudkan skim insuran pengganguran bagi mereka yang diberhentikan kerja apabila berlaku krisis ekonomi. Ini sesuatu yang menarik dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berwajib. Skim sokongan sosial begini menjadi semakin perlu dalam kedudukan negara kita yang mempunyai ekonomi terbuka dan sangat bergantung kepada situasi ekonomi dunia. Selain daripada PERKESO dan EPF yang hanya memberi manfaat ketika berlaku kecederaan dan persaraan, safety net untuk mereka yang diberhentikan kerja langsung tidak ada dalam kamus sumber tenaga para pekerja di negara ini dan sudah sampai masanya perubahan dibuat dalam aspek ini.

Kita semakin menuju kepada status negara maju dan semakin perlu kepada perubahan paradigme dan pemikiran tentang semua perkara dalam kehidupan rakyat negara ini yang akan membawa kepada peningkatan taraf hidup. Tidak ada gunanya menjadi negara maju tetapi taraf kehidupan rakyat rata-ratanya masih ditakuk lama malah semakin besar jurang perbezaan ekonomi antara orang berada dan tidak berada. Taraf pendapatan perkapita yang semakin tinggi bukan bermakna taraf kehidupan sebenar rakyat juga semakin tinggi jadi berbagai mekanisme baru yang tak pernah difikirkan selama ini amat perlu diberi perhatian serius dan diimplementasi. Sememangnya ini cadangan yang amat baik dan mempamerkan keperihatinan YB KJ terhadap masalah negara dan rakyat serta keupayaannya berfikir di luar lingkaran serta penyelesaian masalah yang tidak klise.

Ini bukan perkara baru kepada banyak negara maju, tetapi ianya akan menjadi suatu perkara baru tapi perlu kepada kita kerana masalah pengganguran dan pemberhentian kerja akan menjadi fenomena biasa dalam sistem ekonomi pasaran bebas seperti yang berlaku di seluruh dunia. Kata orang great minds think alike dan selalu mencari penyelesaian yang orang lain tak fikir dan proaktif. Kita tak perlu tunggu sehingga dah mencapai status negara maju baru nak dibuat itu dan ini. Good thinking Dik!

Wednesday, March 11, 2009

Kongres Kebudayaan Melayu II dan Persidangan Industri Kreatif

Mulai 16 hb Mac-17hb Mac ini ada dua majlis ilmu penting yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian kebangsaan yang akan berlangsung pada masa yang sama dan lebih kurang menyentuh kumpulan sasaran yang sama. Entah kenapa jadi begitu, Allah Taala saja yang mengetahui, tetapi ini bukanlah perkara baru. Sudah banyak kali perkara ini terjadi. Bila ada satu kongres penting yang dibuat oleh pihak tertentu adalah pula majlis ilmu 'alternatif' yang berkaitan dan ditujukan kepada kumpulan sasaran yang sama akan berlangsung. Jadi selain daripada mengurangkan jumlah partisipasi di kedua majlis, kumpulan sasar yang terlibat juga terpaksa memilih dan tidak dapat menghadiri yang satu lagi.

Bagi peminat setia majlis ilmu begini macam saya, iannya bukan saja menyakitkan hati, tetapi saya mula memikirkan yang bukan-bukan sebab terlalu kerap ianya berlaku (semoga dijauhkan Allah perasaan syak wasangka ini!). Apa pun, perkara ini juga berlaku kepada banyak pertunjukan pentas di beberapa venue popular. Suatu waktu dulu, bila ada pertunjukan kesenian terutamanya dari Kumpulan Seni Persembahan Petronas atau KSPP (bukan orkestra Filharmonik) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), adalah teater, muzikal dll genre seni di Istana Budaya atau Dewan Bandaraya. Macam disengajakan pertembungan ini. Beberapa kali saya cuit kawan-kawan di KSPP akhirnya perkara ini dapat dielakkan sekarang dan walau pun pertunjukan mereka dibuat pada malam hari bekerja penonton yang pergi tetap ramai dan sentiasa full house kerana genre yang dipersembahkan tetap unik dan berkualiti. Macam kelapa kalau jatuh ke laut akan jadi pulau dan amat banyak gunanya! Bukan macam bunga yang habis madu sepah dibuang. Manusia pun macam itu juga. Kalau ada kredibiliti dan integriti pergi mana pun masih laku dan akan dicari orang.

Apa pun, di bawah ini saya perturunkan jadual pembentangan kertas kerja Kongres Kebudayaan Melayu II anjuran GAPENA dan Persatuan Sejarah Malaysia yang akan diadakan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

15 Mac 2009 - Pendaftaran bagi peserta luar Kuala Lumpur.

16 Mac 2009- 9 pagi Sesi 1- Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Pembentang: Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Prof Madya Dr.Hashim Ismail
Sdr.Borhan Md Zain

Sesi 2- Perundangan Malaysia dalam Konteks Kenegaraan
Pembentang: Prof Datuk Ramlah Adam
Prof Dr. Abdullah Zakaria
Haji Hamzah Hamdani

3.00 ptg - Majlis Perasmian Kongres oleh YB Dato Shafie Apdal
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Sesi 3 - Pemerkasaan Kebudayaan Kebangsaan
Pembentang: Prof Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar
Prof Datuk Dr. Zainal Kling
Prof Dr. Abdullah Hassan

9.oo mlm Perbincangan Resolusi

17 Mac 2009 9.00 pagi - Sesi 1v: Islam dalam Budaya Melayu
Pembentang: Prof Dr. Idris Zakaria
Prof Dr. Abd.Rahman Abd.Aziz
Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah
Prof Madya Dr.Rahimin Affendi

Sesi V: Pengantarabangsaan Kebudayaan Melayu
Dato Dr. Mansor Abdullah
Dato Hj. A.Aziz Deraman
Prof Dr. Mustafa Ishak
Prof Dr. Mansor Mohd Noh

12.30 tgh. Rumusan dan Pembentangan Resolusi Kongres dan Majlis Penutup.

Partisipasi adalah percuma dan hubungi GAPENA 03-21442412 atau Persatuan Sejarah Malaysia. Dengan para pembentang kertas kerja yang cukup tinggi profil akademik dan keintelektualan mereka, pasti kongres ini cukup bermakna untuk semua rakyat negara ini terutama di zaman pancaroba ini (perkataan kegemaran Tan Sri Profesor Ismail Hussein)!Resolusi kongres ini akan dipersembahkan kepada DYMM Raja-Raja Melayu.

INI ADALAH KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU YANG KE II DIADAKAN SEJAK 1955.

Tuesday, March 10, 2009

Dapatan Dari Zentrum Future Studies

Dalam NST semalam, dapatan dari penyelidikan yang dilakukan oleh Dr.Abu Hassan dan Zentrum Future Studiesnya menunjukkan trend pemikiran dan pemilihan calon-calon UMNO yang agak mengejutkan. Mana tidaknya? Yang dapat pencalonan tertinggi dalam semua jawatan, kelihatan berada di belakang dan yang tidak disangka-sangka mempunyai harapan untuk menang berada di hadapan. Membingungkan? Sejak dari dahulu, begitulah trend dalam pemilihan UMNO. Banyak perkara 'unsangkarable' yang boleh berlaku. Kepada YB KJ saya rasa beliau akan lebih yakin selepas ini tapi jangan terlalu yakin kerana Tuhan marah orang yang confident tak tentu hala ni Dik!

Saya sempat berbual dengan Dr.Abu Hassan semalam dan beliau menceritakan kepada saya tentang dapatan daripada penyelidikan mereka. Responden mereka terdiri daripada ahli-ahli UMNO dari seluruh negara diambil secara rawak dan hampir 10 peratus di antaranya adalah bakal perwakilan yang akan berada di Perhimpunan UMNO nanti. Jadi ini bukan pendapat orang ramai dan banyak perkara yang boleh dibuat kesimpulan dari penyelidikan ini. Kata Dr. Abu Hassan lagi, mereka akan mengemaskini dapatan ini dan mendapatkan keputusan penyelidikan yang lebih tepat sebelum perhimpunan nanti apabila semua perwakilan sudah berada di Kuala Lumpur. Pun begitu, apa pun boleh berlaku bila semua perwakilan berkumpul nanti. Terutama kepada yang telah banyak melabur, perwakilan dah mengangkat sumpah dll. Kepada Dr. Abu Hassan dan Zentrum Future Studies saya hanya ingin mengucapkan tahniah dan sekali lagi "Knowledge is power!" Teruskan kerja yang baik ini.

Monday, March 9, 2009

Tentang Kematangan Intelektual, Emosi dan Rohani KJ

Mungkin perkara paling menarik tentang YB Khairy Jamaludin calon Ketua Pemuda ialah profil akademik dan intelektualnya yang sangat cemerlang dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Tetapi di akhir-akhir ini, media berjaya mencungkil banyak lagi sisi positif dan kekuatan dalaman dan integriti beliau walau pun YB KJ merupakan calon termuda ( lebih 10 tahun) dari calon-calon Ketua Pemuda yang lain.

Baru-baru ini YB KJ menyeru dan meminta persetujuan dari semua calon yang bertanding supaya terus bekerja dan memastikan calon BN bagi pilihan-raya kecil Bt Gantang dan Bukit Selambau menang tidak kira siapa pun yang berjaya menjadi Ketua Pemuda yang baru. Alhamdullilah ini seruan dan pemameran kematangan berpolitik, intelektual dan emosi yang amat tinggi pernah saya dengar dari seorang muda berumur 32 tahun.Beliau tahu di mana beliau berada dan apa yang perlu untuk UMNO dan BN di waktu-waktu begini. Begitu juga bila ditanya apa yang akan dilakukan jika kalah? Katanya dia akan terus berkhidmat dan berjuang sehinggalah orang UMNO memberikannya peluang sekali lagi. Ya, dik jangan lupa tentang takdir Allah swt, qadak dan kadar Nya. Berikan yang terbaik dan jangan lupa mengucapkan Bismillahi Tawakal Allalah! Insya Allah.

Sunday, March 8, 2009

GAPENA' GMP dan PPSMI

Sabtu lalu bila Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan Parti Pembangkang yang mengambil kesempatan mengadakan perarakan ke Istana Negara menimbulkan kecoh yang amat tidak diperlukan. Selepas sembahyang Jumaat sehari sebelumnya, dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah Zubir Ali di masjid seksyen 14, saya dan Zurinah Hassan bertembung dengan Datuk Baha Zain yang baru pulang dari masjid yang sama. Kami diberitahu oleh Datuk Baha bahawa perhimpunan anjuran GMP yang dirancang esoknya akan terus diadakan di Masjid Negara. Sebelah malamnya ada orang menghantar SMS kepada saya bahawa perhimpunan GMP mendapat permit polis dan penyerahan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong akan diteruskan seperti jadual. Tapi saya katakan saya bersama GAPENA dalam hal ini dan akan ke Ipoh esoknya.

Di rumah bapa, saya menonton berita Awani, Bernama dan juga TV 1 di sebelah malam dan melihat kecoh-kecoh bikinan parti pembangkang tentang PPSMI. GMP hanya mendapat permit untuk perhimpunan dan itulah yang telah mereka lakukan. Permit perarakan tidak diberikan, tetapi apabila ia dibuat juga undang-undang telah dicabul dan GMP serta beberapa orang kenalan rapat berada dalam kedudukan yang amat sukar dan menyedihkan. Mengenali Pak Samad Said sejak sekian lama, saya amat sedih melihat beliau turut sama menjadi mangsa lontaran gas pemedih mata yang tidak pernah di alaminya seumur hidup. Kalau Pak Samad berumur 55 tahun saya mungkin akan mengatakan kepada beliau 'Tak apalah Pak Samad, segala-galanya ada kali pertama!' Tapi saya tak tahu apa nak kata jika saya jumpa beliau selepas ini kerana beliau bukan berumur 55 tahun.

Respon Datuk Seri Hishamuddin tentang perkembangan terakhir PPSMI agak klise dan telah beberapa kali didengar. Sekali lagi beliau bertanya kenapa sekarang baru nak buat repot polis?
Saya kurang pasti samada beliau sedar atau tidak bahawa tindakan GAPENA, GMP dan pihak-pihak lain adalah berasingan dan berbeza. Dan tentang soal kenapa sekarang semua ini berlaku juga membuatkan ramai orang yang SMS kepada saya dan berkata 'ke mana menteri ini selama ini? Dia tak tahukah orang dah bising tentang PPSMI sejak ianya diimplementasi?'

Seingat saya, bantahan serta protes perlaksanaan PPSMI telah mula kedengaran sejak tahun 2003 lagi. Di banyak Seminar dan kongres kebudayaan dan pendidikan yang diadakan, bantahan terhadap PPSMI telah disuarakan dan mendapat laporan media. Jadi soalan beberapa orang rakan ke mana Datuk Seri Hisahamuddin selama ini tidak menghairankan dan merupakan jenaka yang tidak lucu. Percakapan saya dengan Ketua 1 GAPENA Tan Sri Ismail Hussein sedikit waktu lalu masih diingat. Kata Tan Sri Ismail, ' Kami dah sampai kepada kemuncak kekecewaan dan akan mengambil tindakan membuat laporan polis kerana PPSMI mencabul Pasal 152 Perlembagaan Negara. Kami dah banyak kali berbincang dan berdebat tetapi kerajaan masih tidak sensitif kepada soal ini. Dan membiarkan kerajaan yang didukung oleh UMNO sendiri melanggar Perlembagaan Negara dalam hal ini adalah tidak patut sama sekali.' "No way?' tanya saya. "No Way! 'kata Dt. Profesor Zainal Kling dan juga Dt. Profesor Zainal Abidin Borhan serentak. Semangat ini diulangi oleh Dt.Dr. Latif Bakar kemudiannya di depan beberapa orang petugas media selepas majlis baca Yassin bulan lalu.

Mereka membantah PPSMI kerana tidak mahu membiarkan UMNO dilihat menongkah arus perjuangan anak bangsa yang merugikan UMNO sendiri. Semoga tidak ada siapa pun mempertikaikan hal ini atau memandang serong kenapa baru sekarang repot polis dibuat. GAPENA ditunjangi oleh golongan budayawan yang amat berkaliber, intelektual, berwibawa, malah di antara 'best brains' di seluruh dunia dalam pemikiran budaya dan Pengajian Melayu dan tindakan mereka cukup berhemah walau pun kelihatan lambat dan tidak agresif.

Dalam dialog dengan Mantan PM Tun Mahathir di rumah GAPENA pada bulan Disember yang lalu, fakta yang sama telah diajukan kepada beliau oleh Dt.Profesor Zainal Abidin Borhan yang kelihatan macam nak menangis menahan sebak sewaktu bangun menyoal. Dan Mantan PM mengakui beliau telah membuat kesilapan tentang PPSMI tetapi meminta ianya tidak ditukar kembali kepada pengajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda semua aliran sekolah.
Sesuatu yang menimbulkan berbagai soalan kerana kalau sudah diketahui ianya silap kenapa diteruskan juga? Tun Mahathir mahu menambahkan enigma beliau agaknya! Semoga Datuk Seri Hishamuddin lebih faham dan mempunyai pengetahuan yang cukup sebelum beliau bertanya lagi kenapa baru sekarang nak buat repot polis tentang PPSMI yang mencabul perlembagaan.

GAPENA dan saya sendiri berpendapat Bahasa Inggeris amat penting dan tidak menolaknya. Ajarlah banyak mana pun Bahasa Inggeris kepada anak-anak kita supaya mereka dapat menguasai semua ilmu di peringkat paling tinggi di internet atau di mana juga, tetapi jangan dirosakkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan perlembagaan kita dalam Pasal 152.

Friday, March 6, 2009

Tentang KJ bukan Opportunis Politik

Salah satu blog yang sering melayari posting saya ialah Pro Khairy.Com yang menemubual YB muda dari Rembau ini dan kata YB KJ dia bukan oportunis politik yang akan meninggalkan gelanggang kalau ditakdirkan kalah nanti. Memang seharusnya begitulah Dik! Jadilah seorang pejuang bangsa agama dan negara dan bukan hanya seorang ahli politik. Ya, memang betul bukan bila menang sahaja boleh berjuang dan berkhidmat. Saya amat setuju dan sudah menjangkakan orang seperti YB KJ ni mempunyai integriti yang tidak sedikit dan kekuatan dalaman yang membanggakan dan bukan sahaja bergantung kepada Pak Lah bapa mertuanya. Saya sering percaya bila seseorang itu berilmu dan berpengetahuan tinggi, itulah asetnya yang paling berharga dan YB KJ mempunyai semua itu. Knowledge is power jangan lupa tentang hal itu!

Kata Datuk Mukriz lagi beliau tidak dibenar memasuki politik oleh ayahandnya semasa Tun Mahathir masih menjadi PM. Pun begitu, Datuk Mukriz bukanlah tidak masuk politik langsung, cuma tidak menjawat jawatan tinggi parti. Apa pun,beliau tetap enjoy the limelight melalui berbagai platfom NGO yang sangat berprofil tinggi seperti Aman Malaysia dll. Dan ini juga adalah aset serta kelebihan yang dipunyainya sama seperti orang lain yang memegang jawatan politik dalam kerajaan atau pun parti. Dan saya yakin Datuk Mukriz tidak akan jadi Pengerusi Aman Malaysia atau Datuk Paduka Marina menjadi Presiden Majlis AIDs jika mereka bukan anak-anak kepada seorang PM. Lain orang lain stail dan semantiknya. Tun Mahathir tidak mahu dilihat memberikan tempat kepada ahli keluarganya dalam politik, tetapi tidak di tempat lain. Pak Lah pula pernah berkata, buang Khairy kalau dia tak bagus, tapi beri dia peluang kalau dia ok! Saya kira perbezaan semua orang dalam perkara ini tidak banyak dan sekali lagi, buanglah persepsi negatif terhadap YB KJ kerana ia amat tidak wajar dan tidak adil!

Wednesday, March 4, 2009

Tentang dihormati lawan dan kawan

Membaca blog SAKMONGKOL AK47 KJ: Disegani lawan dan kawan tadi saya teringat dan mahu berkongsi pengalaman dengan semua. Dalam tahun 2005 saya telah menginterviu Tan Sri Abdullah Ahmad (bekas MP Kok Lanas dan Timbalan Menteri semasa Pentadbiran Tun Razak) dan ketika itu beliau dengan Tun Mahathir sering memberi ceramah dan syarahan yang antaranya banyak mengkritik Pak Lah dan dasar-dasarnya. Pun begitu saya amat terkejut bila beliau memberi pujian yang terbuka dan jujur tentang Khairy . Kata Tan Sri Abdullah' KJ adalah seorang pemimpin muda Melayu yang brilliant. Susah nak cari orang Melayu yang cerdik macam tu. Dia ada potensi yang besar dan the making of a good great politician. Dia orang muda dan bagi lah dia peluang untuk naik. Kalau sikit-sikit buat salah tu biasalah. Mana nak cari orang tak buat salah?'
Saya setuju dengan SAKMONGKOL bahawa KJ disegani lawan dan kawan. Dan terima kasih kepada komen jujur Tan Sri Abdullah yang dah lama saya tak jumpa.
Dt. Dr. Latiff Bakar Ketua 2 Gapena memanggil KJ 'budak cerdik'! Utusan Malaysia hari ini menyatakan Khairy paling banyak menjadi korban persepsi negatif. Saya amat setuju dengan tulisan Sdr.Zulkifli dan mendoakan semua orang 'civil' ketika berkempen dan berilah peluang kepada orang yang berwibawa, dengan mentaliti dan intelek yang cukup baik dan tinggi. Kerana ini adalah suntikan kesegaran yang amat diperlukan dalam UMNO terutama Pemuda UMNO. Cukuplah dengan segala momok yang dilemparkan kepada Khairy selama ini dan berilah beliau peluang yang adil.

Monday, March 2, 2009

GAPENA, Repot polis dan Mahathirism

Berita Minggu Ahad lalu memuatkan interviu dengan Tan Sri Ismail Hussein Ketua 1 GAPENA yang mengatakan kesilapan pentadbiran lalu (semasa Tun Mahathir) yang telah meminggirkan golongan budayawan Melayu dari arus perdana politik dan kemelut UMNO hari ini adalah disebabkan oleh faktor ini. Sememangnya itulah yang terjadi. Malah bukan saja golongan budayawan yang dipinggirkan, pakar-pakar sains sosial juga begitu. Terlalu banyak penekanan yang diberikan kepada sains dan teknologi dan ramainya teknokrat dalam UMNO menyebabkan golongan yang memperkatakan tentang idealisme perjuangan bangsa terpinggir. Dan segala keputusan dan pembuatan dasar kerajaan dan berbagai agensi pentadbiran dilakukan oleh sekumpulan manusia dari satu segmen masyarakat dengan latar belakang pendidikan yang tertentu sahaja. Semua orang tahu, untuk membangunkan negara kita perlu mengembeling tenaga manusia dari semua bidang, sains teknologi dan juga sains sosial.

Itu sebabnya kita pinggirkan mata-pelajaran sejarah yang sangat penting dan diajar di seluruh dunia walau pun di negara maju. Orang politik kita merasakan ianya tidak penting demi mengejar sains dan teknologi, maka mata pelajaran yang mengajar anak bangsa tentang asal usul mereka menjadi tidak perlu dan akhirnya generasi sekarang termasuk pemimpin menjadi buta sejarah serta mengeluarkan berbagai kenyataan yang ada kalanya begitu naif bunyinya tapi pada masa yang sama memalukan dan sangat tidak sensitif kepada kaum bumiputera yang merupakan penduduk asal negara ini.

Ternyatalah segala kehebatan dan kejayaan yang dicapai hanyalah bersifat fizikal semata-mata. Tanpa jiwa, tanpa idealisme, tanpa keutuhan spiritual dan hati nurani yang membanggakan. Malah bukan itu saja, tiba-tiba kita dikejutkan oleh perlakuan budaya yang pelik-pelik dan tidak pernah terfikirkan selama ini. Daripada cerita memberi hadiah penyapu, rakaman video peribadi yang memalukan,menggunakan perkataan celaka di Parlimen, mahu menyaman Sultan sehinggalah visual sidang Jumaat berbaring di atas jalan raya menghalang kereta YTM Raja Muda Perak di Bukit Chandan. Apa namanya ini kalau bukan krisis jati-diri? Tak usah bercakap tentang rasuah, salah guna kuasa dan politik wang. Dan kenapa ini terjadi?
Pembangunan fizikal yang tidak seimbang dengan aspek kejiwaan dan rohaniah.

Kata Datuk Mukriz Mahathir lagi, apa salahnya Mahathirism jika ia membawa pertumbuhan KDNK yang lebih besar daripada yang dicapai sekarang? Memang baik jika KDNK kita lebih besar tetapi kalau damage kepada masyarakat juga besar dan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menangani gejala rempit, dadah dan berbagai gejala sosial yang tidak sihat yang ada kaitannya dengan ketidak-seimbangan pencapaian fizikal dan spiritual apa gunanya? Datuk Mukriz mungkin seorang anak bapanya, tetapi saya yakin beliau juga perlu berfikir, bertindak dan mempunyai idealisme perjuangannya sendiri kerana kalau pun beliau menang jawatan Ketua Pemuda UMNO di akhirnya beliau akan diukur dan dilihat mengikut kemampuan dirinya sendiri.