Dosa KJ ialah:-
1). Dia 'budak' Oxford yang dapat 1st Class Honours - dia terlalu cerdik. Hang Nadim mesti dibunuh!
2). Dia menantu Pak Lah PM yang akan mengundurkan diri beberapa hari saja lagi-calon Ketua Pemuda lain semua anak nelayan dan petani. Ini tak adil. KJ ada advantage edge dan orang lain tak ada!
3). Dia anak Diplomat yang lahir di Kuwait dan besar di luar negeri- jaga-jaga dia mungkin direkrut oleh CIA!
4). Dia handal berdebat dan pemimpin parti lawan pun menghormatinya dan Ketua Pemuda PAS pun kata ini bakal Ketua Pemuda UMNO- lagi bahaya dia mungkin ada 'deal' dan kerjasama dengan pembangkang. Nanti hilang 5 negeri lagi!
5). Dia berumur 33 tahun- terlalu muda bagi laluan kepada yang lebih tua dan memang nampak tua supaya ibu-bapa mereka boleh tutup mata bila mati esok. Kalau tak kempunan sampai mati!
6). KJ dapat laluan percuma masa jadi Naib Ketua Pemuda dulu- tak adil sebab siang malam Dato Hishamuddin di 'peras-ugut' secara psikologi oleh Pak Lah dalam ucapan-ucapannya (hang tak bagi menantu aku jadi Naib Ketua Pemuda jaga hang! Aku yang letak hang jadi Menteri). Jangan main-main Pak Lah tu nampak saja lembik tapi bahaya. Amat berbeza dari Tun Mahathir yang nampak garang tapi hatinya baik, lemah lembut dan tak pernah buat naya atau buli sapa pun. Karpal Singh memang jahat kerana panggil Tun ahli politik longkang (gutter politician!).
7) KJ memang larger than life figure dan budak-budak muda yang kaki main bola semua suka dia pasal tu dia orang bersorak KJ! KJ! KJ! di PWTC semalam. Ni budaya angkuh yang dibawa oleh KJ. Tak boleh jadi. Kita nak yang baik-baik dan diam-diam bukan cult figure macam tu. Apa ingat ni Liverpool lwn Manchester United ka?
Dan ada 1001 dosa YB KJ kenapa dia tak boleh menang jadi Ketua Pemuda UMNO. Tak ini bukan reverse psychology tapi fikir-fikirlah sendiri...Bukan juga sebab ada orang yang takut jadi macam Thaksin Shinawatra atau Marcos!
Kepada YB KJ, kalau menang jangan besar kepala tapi kalau kalah jangan lupa anda hanya 33 tahun Dik!
Tuesday, March 24, 2009
Dosa KJ ialah.......
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 7:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam.kj ni not a first class degree holder.he only earned his degree in political science and economy from oxford.
Tk atas komen anda, dalam buku Siapa KJ tulisan Mohd Hanafiah Yusof m/s 49 mengatakan KJ:
1).Lulus cemerlang dlm Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari St.Hugh's College Oxford University.
2). Di umur 22 tahun pada tahun 1998 beliau lulus peringkat sarjana dalam Perundangan dan Teori Politik dari University College of London.
Semua fakta ini telah saya teliti dan disahkan oleh En.Rashid pembantu peribadi KJ.
Post a Comment