Sunday, August 31, 2008

Buku itu telah ku Tutup

Apa lagi yang harus ku ucap
kerna segalanya berlaku tanpa sedar ku
dan kau cukup tahu
bukan niat ku menyakiti mu

Simpulan tali itu
begitu sukar dilerai
kerna ia sudah bergumpal sejak mula
dan engkau pun tahu
segalanya adalah dejavu
dan sejarah yang berulang

kadang-kadang aku bingung memikirkannya
kenapa kita semua di tempat itu lagi
setelah kita bertemu
memang ku fikir itulah jalan terbaik
tetapi Dia memutuskan segalanya tidak semudah itu

Segalanya seperti cebisan Winter Sonata
dia muncul semula
dan tanpa sepatah kata tapi redup renung yang menikam
dia mengingatkan aku ada perkara yang belum selesai
ada jawapan yang belum diberi
dan sememangnya dia berhak ke atas diri ku

Sahabat
aku sudah berkali meminta maaf
kau pun cukup tahu
segalanya adalah di luar batas kuasa sesiapa
tetapi ketentuan Nya

Tuhan ku
pasti ini ujian lagi untuk ku
kerna ketika aku memikirkan sesuatu yang lebih mudah
kau hamparkan permaidani takdir yang lebih sukar
tapi yakin ku kepada Mu
segalanya telah kau carta sejak azali
di kudus dan hening ramadan pertama ini
aku sujud dalam doa yang panjang
memohon rahmat Mu
Ya allah
permudahkan segalanya untuk kami

Saiz kelas kita perlu di kecilkan

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia hari ini, Prof Ibrahim Bajunid dan Prof Abu Bakaar Hamid berpendapat saiz murid-murid dalam kelas di sekolah-sekolah kita amat perlu dikecilkan. Ini bukan isu baru tapi masalah ini masih belum di atasi. Walaupun telah 10 tahun meninggalkan dunia pendidikan saya masih intim dengaan isu-su mengenainya.
Di negara maju saiz kelas disekolah-sekolah amat dititikberatkan. Perhatian yang lebih banyak boleh diberikan oleh guru kepada murid-murid sekiranya setiap kelas tidak terlalu ramai. Yang idealnya adalah antara 25-30 orang murid saja dalam satu kelas. Jika tidak, memang sakit jiwa lah cikgu-cikgu kita kerana memang tak boleh kontrol kelas. Terutama sekali sekolah-sekolah di bandar.
Saya masih ingat sewaktu anak-anak saya bersekolah di Sydney dan juga di Stirling. Sudahlah kelas mereka cuma ada 20-25 murid sahaja, ada pula pembantu guru bagi setiap guru untuk menyediakan apa juga bahan pengajaran. Ini memberikan peluang untuk guru-guru memberi perhatian peribadi kepada murd-murid. Selepas 6 bulan dalam kelas darjah 6, anak saya yang sulung dapat no.1 dan boleh bercakap Inggeris dengan baik sekali. Seminggu 2 kali mereka akan dibawa dengan teksi ke kelas Bahasa Ingggeris di sebuah sekolah lain untuk murid-murid yang tak fasih berbahasa Inggeris. Semua bayaran ditanggung oleh sekolah. Kita mungkin tidak boleh memberi kemudahan semewah itu, tetapi membina lebih banyak sekolah dan meramaikan bilangan guru terlatih adalah satu kemestian. Menjadi masyarakat negara maju bermakna sistem pendidikan kita perlu mempunyai kemudahan yang sangat baik dan tidak harus ada kompromi tentang perkara itu.
Bercakap tentang pengalaman mengajar ni saya masih ingat kisah lucu sewaktu mula mengajar di Sek.Menengah Kota Kuala Muda Kedah yang murid-muridnya macam angel dan baik sangat. Selain daripada gurubesar, saya sahajalah guru lulusan dari universiti dan setiap kali gurubesar ada mesyuarat di luar, saya kena ambil alih sebagai gurubesar. 3 bulan mula mengajar saya dah kena pikul tanggung jawab yang besar. Saya selalu panik bila gurubesar tak ada di sekolah sebab masa itulah ada seorang Penghulu yang masih muda dan bujang akan datang melawat sekolah itu! Nasib baik ramai guru-guru yang lebih senior selalu membantu saya bila beliau datang ke sekolah. Dua tiga bulan selepas itu barulah saya tau kenapa dia selalu datang. Rupanya dia suka kepada saya dan nak masuk meminang sehinggalah diberitahu bahawa saya sudah pun bertunang ketika itu! Talking about history repeating itself. Entah kenapa sampai sekarang saya hairan macam mana peminat setia saya selalu berasal dari Kota Kuala Muda! Memang beyond comprehension.
Selepas berkahwin saya bertukar ke Melaka dan mengajar di Sekolah Menenggh St.Francis di Jalan Banda Hilir. Bermulalah mimpi buruk saya dan masuk 2 bulan di sekolah itu saya dapat migraine! Ada 44 orang murid dalam kelas saya dan murid-muridnya terdiri dari Melayu, China. India dan Portugis. Satu hari seekor biawak masuk dalam kelas dan telah ditangkap oleh seorang murid Portugis. Biawak itu dimasukkan dalam meja beliau setelah diikat kaki dan mulutnya. Bila saya suruh murid tersebut mengeluarkan buku dari mejanya dia enggan berbuat demikian. Saya paksa juga beliau berbuat demikian dan berdiri cekak pinggang dekat dengan murid tesebut dan garang macam rimau. Murid itu pun membuka mejanya dan saya hampir pengsan bila melihat seekor biawak yang besar terikat di dalamnya. Begitulah antara penglaman mengajar anak-anak murid di Kedah dan di Melaka! Memang macam bumi dengan langit perbezaannya.

Friday, August 29, 2008

2 orang Senator? Itu cadangan karut!

Baru-baru ini ada orang heboh-heboh mencadangkan kerajaan patut melantik seorang lagi Senator untuk mewakili kepentingan sektor seni dan hiburan. Saya kurang pasti apa sebenarnya rasionnalnya kita perlu ada 2 orang Senator tapi saya rasa ia satu cadangan yang amat tidak lojik dan mengarut. Setiap lantikan Senator memerlukan pertimbangan yang amat rapi dan teliti. Ia bukan merupakan medan di mana sesiapa juga boleh melobi sesiapa yang mereka suka untuk dilantik sebagai Senator supaya kepentingan orang-orang tertentu boleh dilayan sepanjang masa.
Pada pandangan peribadi saya penjawat Senator sekarang sudah cukup sesuai dan mempunyai seorang lagi Senator hanya akan menjadi 'kacau daun' sahaja. Kalau ada pihak yang merasakan beliau tidak sesuai kerana selalu pakai songkok dan tidak naik ke Genting di hujung minggu atau apa-apa juga sebab lain, melantik seorang lagi Senator bukanlah penyelesai masalah industri seni dan hiburan. Di Kongres Kebangsaan baru-baru ini, perkara paling penting ditekankan ialah perpaduan dan kebersamaan semua orang yang terlibat dalam apa juga aspek industri seni dan hiburan untuk memartabat seni dan budaya ke tahap yang lebih tinggi dan membawa agenda yang lebih besar dan menyeluruh. Dan untuk itu kita tak boleh membiarkan apa juga bibit perpecahan disemai oleh sesiapa juga. Saya kurang pasti tapi mungkin ada pihak yang kurang senang dengan apa yang telah dicapai oleh Mahkota melalui Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Seni baru-baru ini.
Apa pun saya kagum dengan dedikasi dan keterlibatan yang telah ditunjukkan oleh Senator Jins Shamsudin semasa di Kongres yang sentiasa bersama dan merasakan gejolak rasa semua yang berada di Kongres. Malah ada pihak yang selama ini cuba menonjolkan diri dan mendabik dada sebagai pejuang seni tak nampak muka pun di Kongres tersebut. Mungkin banyak lagi yang perlu dilakukan dan kita hanya perlu sentiasa berkomunikasi dan berunding dengan Senator Jins untuk membawa apa juga masalah yang perlu diperkatakan ke Dewan Senat. Apa juga kelemahan yang ada perlu dan boleh dibaiki melalui komunikasi. Tetapi mencadangkan seorang lagi Senator pada saya sangatlah 'bad taste' dan tidak wajar di masa ini. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Monday, August 25, 2008

2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid diRacun

Baru-baru ini saya menonton "Teater Orang-orang Tertindas' arahan Dr. Abu Hassan Hasbullah Universiti Malaya dengan skrip yang ditulis oleh Faisal Tehrani dengan tajuknya yang amat panjang. Ok pementasannya sangat eksperimental dan ini berkonsepkan teater Augistino Boal dari Brazil yang lebih mementingkan mesej dan isu yang diangkat untuk diteaterkan. Teater ini tidak mementingkan lakonan atau apa juga aspek teknikal lain sebab yang dipentingkan ialah isu yang diperkatakan dalam skripnya.Saya tak mau bergaduh dengan Augistino tentang bab tu, sebab sebagai orang yang dapat latihan dan pendidikan formal dari sekolah drama dan teater saya ada konsep yang tersendiri tentang apa juga teater eksperimental ini.
Mungkin yang paling ketara perlu saya katakan tentang skrip Faisal ialah ianya sangat loaded dengan wacana politik masa kini. Kata Faisal kepada saya skrip ini adalah respon langsung beliau dengan apa yang terjadi di negara ini sekarang. Ya lah tu adinda! Tapi Saya memang tabik lah dengan keberanian Faisal dan komrad nya Dr.Abu Hassan yang merata-rata ada dan sibuk dengan macam-macam. Tabik kerana berani menghasilkan skrip yang begitu tinggi cas politiknya loaded dengan subteks dan pemikiran-pemikiran yang kritis dan provokatif walau pun ada kalanya sangat 'jarang' macam orang pakai baju see-thru! Reviu saya akan disiarkan dalam Radio 24 esok dalam berita jam 7 pagi, Berita Minggu Ahad ini dan edisi November majalah Pentas. Ada lagi orang suruh reviu tapi cukuplah! Nanti pening kepala berminggu-minggu duduk depan pc nak cari angle lain. 3 reviu mesti nak pakai 3 angle yang lain! Problem is a problem when you make that a problem dan problem nya ialah saya mesti gembira dan puas hati dengan apa yang saya tulis. Orang lain kata ok, tapi kalau saya kata tak ok, saya lah yang akan merana dengan kerja saya nanti!!
Ni semua salah Sutung Umar yang mengajar saya kalau nak menulis, kita mesti puas dengan apa yang kita tulis walau pun satu dunia kata ok tapi kalau kita rasa tak ok, jangan hantar untuk print! Sutung, you make me a perfectionist and pushed me to be a good critique. Terima kasih tapi kadang-kadang saya pening kepala sebab nak jadi saya!! Apa pun, Sutung Umar lah yang menjadikan saya seorang penulis sejak tahun 1987 lagi dengan menyiarkan tulisan pertama saya. Dan dia selalu buat trick bila tulisan saya tak berapa baik dia akan bagi balik dan suruh saya tulis semula kemudian dia minta balik dan siarkan! Beberapa kali saya suruh dia buang saja kalau dah tak baik, tapi itu rupanya cara dia mendidik saya menulis. Sutung, you are one hell lot of a great teacher, tq!

Sunday, August 24, 2008

PUISI UNTUK SURIA

Kiranya kita berdua telah terjebak
di putaran ganas itu
dan sama-sama menggapai tangan
ingin berpegangan
supaya tidak terhanyut lagi
begitulah agaknya fikir mu
seorang engkau
kiranya masih termangu
mencari diri yang semakin hilang
dalam pelarian yang amat memenatkan

seorang aku
pernah di situ
tapi menemui Nya
setelah pendakian yang amat payah
sekaligus membasuh segala dosa
hanya untuk mengetahui
aku lulus ujian itu
melihat mu berdiri seorang diri
mengingatkan aku di waktu itu
seringkali menggapai apa saja
hanya untuk melepaskannya semula
bila menyedari ianya terlalu rapuh untuk dipaut

seorang engkau
izinkan aku menghulur tangan
untuk menarik mu ke tepi
agar tidak terhanyut lagi

seorang engkau
benarkan aku memimpin tangan kasar mu
melalui denai sukar itu
di malam gelap pekat
untuk menemui Nya
supaya hari-hari muka mu terang benderang
sepanas nama mu
sehangat nafas panjang mu

salam dari seorang sahabat

DI KAKI LANGIT

Berlari di kaki langit senja itu
aku semakin pasti
aku semakin berani
bahawa putih ombak
yang memecah di bawah telapak kaki
adalah lontaran suara
semangat ku
yang tak pernah gentar
dengan ejekan suara sumbang mu
ketahuilah engkau
aku terlalu kental
dengan kemerdekaan ini
untuk kau kembalikan aku
di gua kelam itu
sebenarnya ketakutan itu bukan di hatiku
tetapi adalah di mata mu.


PESAN DATUK KAMI

Sekiranya engkau telah penat berlari
dan mau berhenti
di pengkalan ini
inilah kisah kami
seperti abang
aku mencari damai abadi
kerana begitulah pesan datuk
carilah damai dalam diri mu
supaya kalian dapat ceritakan
keseluruh pelusuk dunia
bahawa damai abadi
tidak kan tercapai di meja rundingan
selepas gelas-gelas anggur berserakan
kerana mereka bukan dari kalangan
yang percaya kepada cerita itu
lalu usah kau pinjam pakaian mereka
kerana tenteramnya satu dunia
bermula dengan damai abadi seorang manusia

jika itu yang kau cari
naiklah bahtera kami
kayunya cengal yang bernama taqwa
digam dengan Bismillahi tawakal Allalah
kerana betapa besar pun ombak yang melanda
ada kuasa sakti dari Nya
yang mengemudi kita ke pulau selamat
kalau pun kita tertewas olehnya
kita pergi dengan damai abadi mendakap sukma
dengan cinta seputih kemboja
yang memekar lama selepas kita sudah tiada

MAAFKAN AKU

Maaflah
sekiranya kalian tidak dapat mengalahkan aku
walau belati berkarat itu berkali kau tusukkan
maaflah
kalau setiap kali terkorban
akhirnya aku hidup kembali
dan kalian menjadi semakin payah semakin lelah
dan aku menjadi semakin sakti

Lukmanul Hakim

Entah kenapa
sejak lahir mu
ibu seakan sudah mengetahui
jalan yang bakal di lalui
payah berliku penuh onak duri
tapi suatu perjalanan rohani yang maha tinggi
tak terjangkau hati dan kolam rasa
tidak terselam di tasik minda
akan tinggi makna mu di sisi ku

anak ku
sebenarnya Dia mendatangkan suatu syurga
setiap kali tasik mata mu ku dalami
dan menjadi kerdil aku oleh keluhuran mu
ingatkah engkau
sewaktu masih remaja amat
kala pintu multazam terbuka
kita pun memanjatkan doa tak henti-henti
dan seperti amat mengerti kocak rasa di kalbu
dengan tenang kau lalui waktu sukar itu
seringkali memimpin tangan ibu
agar tidak terdorong arus manusia di Safa dan Marwah
dan ibu jadi perkasa dengan semangat mu cuma

anak ku
keluhuran dan ketaqwaan mu
umpama gunung tenaga
yang menjana kekentalan ini
dan aku tidak pernah peduli
biar seribu belati menikam jantung
kejituan kepercayaan mu kepada perjalanan ini
tidak akan mengundurkan jejak bertapak ku
kerana kita telah menggenggam kejayaan itu

seorang Lukmanul Hakim
sebenarnya onak duri inilah
yang memberikan kita kemenangan demi kemenangan
tanpa perlu menjual maruah dan harga diri kepada sesiapa
andai nanti
hanya engkau penyambung langkah
ingatlah pesanan nenda
bahawa ada kesaktian dan kekuatan dalam kebenaran
mulakanlah segalanya dengan Bismillahi Tawakkal Allalah
dan dakilah puncak juang mu satu demi satu
kerana segala yang akan kau genggam selepas itu
terlalu manis untuk insan sekerdil kita.

Friday, August 22, 2008

Perang dan Perempuan itu

Peperangan itu sudah lama berlaku
juga sudah lama berlalu
tapi puing-puingnya masih berasap
sesekali darah merah mengalir juga
walau pun kabarnya
perdamaian telah lama ditanda-tangani

Perang itu bermula
dengan suatu cerita lucu (pada pandangan ku)
seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang abid
ditertawakan oleh jiran-jirannya
kerna tertangkap cuba menggoda isteri orang
lalu suami perempuan itu mengadu kepada sang jiran
wah! tujuh tahun mereka berpencak selepas itu
dan peperangan menjadi semakin ganas
banyak yang menjadi korban termasuk kanak-kanak dan perempuan tua tak berdosa
dan perempuan pencetus permusuhan itu
dimangsai sepuas-puasnya oleh lelaki yang mahu menjadi abid itu
bertahun-tahun lamanya

Di awalnya perempuan itu tidak mengetahui
dia sebenarnya tersepit antara dua pihak yang bermusuhan
dan dia di perguna oleh suatu pihak untuk melancarkan serangan

beberapa tahun selepas itu
keluarga perempuan itu ditakdirkan memegang kuasa
lalu dia dibawa ke persidangan dan dianjurkan untuk beralah
berdamai dengan pihak lelaki yang tidak jadi abid itu

Cubaan mereka
telah disalah erti oleh pihak yang lagi satu
lalu bapanya diserang habis-habisan
dituduh cuba mengkhianati perjuangan mau berbaik dengan pihak musuh
sedangkan si bapa hanya mahu anaknya selamat dan damai
kerna itulah rukun kehidupan yang dipegang
hampir berlaku perang saudara antara mereka
kalau tidak kerna kebijaksanaan seorang panglima yang menganjurkan perdamaian
lalu perempuan itu yang kehilangan suami dalam perang tujuh tahun itu
disuruh berfikir semula untuk dijodohkan dengan panglima penyelamat bapanya
(kerna dengarnya panglima itu sudah lama bertanya tentang perempuan itu kepada keluarganya)
walau pun perempuan itu hampir jatuh cinta
dengan teman lelaki yang tidak akan menjadi abid itu
(kerna tangannya terlalu banyak berlumuran darah membalas dendam)

insiden itu memulakan pertempuran baru
kali ini bukan anak-anak dan orang tua yang jadi korban
tapi beberapa panglima terbilang turut tumbang
termasuk bakal tunangan perempuan itu yang cedera parah

Cerita ini mungkin telah anda dengar
sedikit sinonim dengan Helen di Troy
sedikit sinonim juga dengan kisah Tun Kudu
tapi ceritanya masih sama
ada lelaki yang suka berperang
orang awam yang menjadi korban
dan perempuan malang yang terperangkap dalam pertempuran

saudara ku sekelian
cukuplah
kita tamatkan episod duka ini
biarkan perempuan malang itu merawat luka bakal tunangannya
kerna ku kira semua dendam telah berbalas
jadi apalagi mau kalian?
jangan diikut dendam kesumat lelaki itu
kerna yang pasti
lebih banyak syaitan dalam dirinya
dari putih bersih seorang abid
ku takut negeri itu tebakar
seperti Troy yang hangus kerna Helen yang malang oleh kejelitaannya
tapi biarkan negeri itu bertaut kembali
oleh keikhlasan dan pengorbanan seorang Tun Kudu
yang lebih banyak menghabiskan masa
memikir tentang nasib bangsanya di hari muka
dan bukan untuk menyelamat istana Melaka!

Thursday, August 21, 2008

Saudara Yang prihatin

Tahukah kalian
betapa sukarnya melangkah sendirian
walau pun kata mereka
tingkah ku seperti perempuan berkaki waja
kerna ada kalanya
aku hampir tenggelam
dalam celaru membuat pertimbangan

Ya
cahaya Nya yang menyuluh ku
dan itulah yang harus ku damba
tapi pastinya seorang teman seiring jalan
dapat berkongsi rasa
saat-saat kecewa
atau setiap kali tertusuk belati di belakang
mainan musuh yang berwajah teman

Saudara ku
yang pastinya
ranjang itu ada mawar dan durinya
dan telah lama aku menimbang rasa
lalu sedikit demi sedikit
ku kumpul doa dan kekuatan dari Nya
dan kepasrahan ini
membuatkan aku meneruskan langkah
mendekatinya

saudara ku
pinjamkan kekuatan kalian
iringi langkah ku dengan doa
jangan robekkan keyakinan itu
dengan suara sumbang mempertikai keputusan
kerna kalian tidak tau
siapa sebenarnya dibelakang tabir permainan
percayalah
dalam doa dan istiqarah
aku tak melihat yang lain
pasti ada hikmahnya
kami bertemu semula
dan segala misteri
terburai tanpa dipinta
ah begitulah pekerjaan Nya!

Saudara ku
dia bukanlah yang paling sempurna
dan aku pun tak pernah mencari yang demikian
tapi tahukah kalian
kami telah lama bersama
dalam satu perjalanan
walau pun tak pernah bertemu muka
tapi langkah ku dan langkahnya tetap sehaluan
walau bertahun kami terpisah
dirintang ombak badai tsunami yang menggegar

Saudara ku
fahamilah
dan berikan doa kalian
dia yang tertusuk belati pengkhianatan
biarkan aku yang merawat lukanya
kerna aku berada dipuncak
oleh pengorbanan dan kesakitannya
kalau pun kalian melihat ini suatu kejanggalan
yang tak terjangkau akal budi pemikiran
tapi renunglah dengan fikir taqwa
bahawa inilah pilihan ku
kerna kita tak kan faham
hikmah di coretan kanvas Nya

Di Puncak Itu

Di puncak itu
tahukah engkau
setiap langkah yang ku daki
tidak sedikit
air mata dan darah yang mengalir
dan hati yang dirobek kelukaan
di setiap sudut udara perjalanan panjang ini ku hirup
dan setiap kali itu terjadi
ku pujuk hati nurani
bahawa itulah harga mahal yang perlu dibayar
kerna namanya perjuangan!

Aku tak pernah
mengharapkan taburan mawar di lantai
kerna setiap tangga yang ku daki
bisa juga menjerumuskan aku
ke lembah maha dalam

Mungkin kelukaan itu lah yang menolak ku
meneruskan langkah
bersekali sumpah seorang ibu kerdil
bahawa segalnya bermula dengan kekeliruan
jadi anak ku
betulkan segala kesilapan
ajarkan mereka dengan kebenaran
pasti Dia bersama mu

Di puncak ini
begitulah rasa ku mama
terima kasih kerna mengajar ku perkataan sakti
jangan sekali engkau berputus harap anak ku!
Alfatihah....

Seperti Kamelia

Seperti kamelia
aku tidak membuka pintu
yang kau ketuk berkali-kali
kerna aku belum bersedia menerima cinta
dan mengambil risiko
tertusuk sembilu
dan belati kasih
lalu ku biarkan kita sama-sama mengharung padang ilalang

Dan
seperti Kamelia aku kembali
bukan kerana aku tak dapat berlari lagi
tetapi
di bulatan itu Dia mentakdirkan kita bertemu semula
dan membuka segala rahsia
lalu ku biarkan hukuman demi hukuman
kau lemparkan ke muka
kiranya itulah
yang dapat mengubat luka dan sakit hati mu

Teruskanlah
berbuat begitu
kerna segalanya akan memperlihat rona dan wajah kita yang sebenar.

Di dalam lingkaran cinta mu

Tahukah engkau
hanya dengan berdiri di luar lingkaran hati mu
barulah aku dapat melihat segalanya dengan jelas
dan melihat diri ku sendiri
sedang engkau sedikit pun tak menegah aku dari berbuat demikian
terima kasih kerana memberi ruang itu
dan menemui diri ku semula untuk sekian lama

Tahukah engkau
bahawa selama ini aku tak pernah ke mana-mana
tetapi hanya meneruskan langkah sedikit demi sedikit seorang diri
sambil merawat luka maha dalam
dan tidak juga mencari cinta
tetapi setiap yang lalu di hadapan
ku amati satu persatu
ada kalanya aku membalas senyuman mereka
tetapi entah bagaimana
cinta mu kah yang menemui ku semula?
kerana tiba-tiba aku tersedar
selama ini
aku seperti berlari dalam suatu kepungan
persis lingkaran yang digaris Rama
sewaktu meninggalkan Sita

Tahukah engkau
suatu waktu
aku sudah lupa kepada cinta
tetapi di titik itu
tiba-tiba aku teringat ada kata yang belum dikota
ada janji yang belum ditepati
aku pun berlari dan membuka segala pintu
yang tak pernah berkunci selama ini
hanya untuk mengetahui
engkau lah lelaki itu

Tahukah engkau
tika melihat redup mata mu di lebaran itu
tiba-tiba aku merasa
seperti ada yang mau dikatakan
dan dalam tidak keruan itu
ku temui segala jawapan

Terima kasih
kerana ruang itu mendewasakan aku

Wednesday, August 20, 2008

More about Museums

Before I start, I got comment from Amir Muhammad who said he is not worried now that his SUSUK is not banned. Yes bro, that should be the spirit. We all got our hang-ups every now and then in life. And thats very normal!!
Anyway I visited Charles Dickens museum (his old house actually!) quite sometimes ago in Plymouth England. It housed lots of things about Dickens. From the cradle he slept in when was a baby, to his hand written manuscripts and everything about Dickens. What happened was the government bought his old house. A small double storey linked house that Dickens used to live in and converted that into Charles Dickens Museum. The same thing they did in Salzburg with Mozart's house. Austrian government bought his old house in the heart of Salzburg. A tiny cosy double storey linked house that Mozart used to live in. These are just few examples how we should show appreciations and elevating the status of artists and well known figures (besides politicians!) in our society. We dont have to give posthumous Tan Sri and Datukship to everybody, but appreciations can come in many ways!! I'm sure many people will throng Sudirman/Zaaba Memorial. It may not be very popular in the beginning, but we never know it in 20 and 30 years time.
Many people in DBP talked about showing appreciations to well known writers but their seminar rooms dont even bear names like Dewan Keris Mas/Usman Awang etc. and just called Dewan Seminar!! Is it asking too much? Sorry to all my friends in DBP because I'm the one having to say it but I'm not sorry for having to say it!!

Tuesday, August 19, 2008

Cadangan Peminat P.Ramlee dan Saloma

Di Kongres baru-baru ini ada sahabat dari Persatuan Peminat P.Ramlee dan Saloma yang mencadangkan KPKKW membina muzium seni dan budaya. Saya setuju dengan cadangan ini, walau pun memorial P.Ramlee dah ada tapi bagaimana dengan penghargaan kepada seniman dan seniwati lain sejak dari dulu lagi? Bagaimana pula dengan berbagai genre seni persembahan tradisional yang banyak dah jadi fosil dan dinosaur dan artis-artis mereka yang juga patut diberi penghargaan. Tokoh Makyung macam Khatijah Awang, Tok Dalang Hamzah dan lain-lain lagi di mana tempat mereka selepas meninggal dunia? Kementerian memang patut timbang dan buat perancangan untuk berbagai bentuk muzium dan memorial selain dari seni dan kebudayaan.

Di Canberra saya masih ingat ada War Memorial Museum yang mempamerkan berbagai alat senjata, kapal terbang dll memorabilia dari Perang Dunia 1 dan 2. Malah surat seorang tentera kepada kekasih dan ibunya di Adelaide (kalau tak salah saya) juga ada dipamerkan bersebelahan gambar-gambar tentera Australia yang terkorban di Gallipolli dalam Perang Dunia 1. Begitulah seharusnya pemameran artifak dan tinggalan sejarah di muzium. Perlu ada wajah manusianya supaya jiwa atau soul manusia sesebuah negara bangsa itu turut terakam dan dipamer bersama. Muzium harus punya identiti dan jiwa sebab ia mempamer pemikiran,falsafah dan wajah manusia yang diwakilinya dan bukan artifak sejuk,lama dan tak bernyawa.

Tentang Kongres Lagi

Seperkara yang perlu saya sebut tentang Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian I yang baru lalu ialah tentang kertas-kertas kerja yang dibentangkan. Banyak yang bagus dan sesuai serta pembentangnya juga hebat-hebat dan bukan pakai tangkap muat. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pihak penganjur yang telah melakukan suatu usaha yang sukar tetapi banyak implikasinya di masa akan datang kalau segala resolusi dan cadangan diimplementasi. Pun begitu, ada juga seksyen yang kertas kerjanya dah terlalu banyak kali diulang2. Tajuk kertas kerja tentang media, industri hiburan dan gosip ini dah terlalu banyak kali dipercakapkan! Dekat mana pergi pun selalu dapat tajuk ini. Soalnya apakah ini saja skop permasalahan, isu dan cabaran yang ada bila kita menyebut hubungan antara media, hiburan artis dan gosip? Sikit2 dah la cakap pasal tu. Banyak lagi perkara yang perlu disentuh dan yang perlu diterokai. Cabaran globalisasi dan kebudayaan, kesenian dan pemikiran adalah satu topik besar yang kalau nak bincang 44 hari pun mungkin tak habis! Kenapa kita masih nak fokus tentang bab2 masalah etika profesionalisme dll saja? Memanglah betul dan valid tajuk2 seperti itu bila pun, tapi pada masa yang sama kita kena explore are lain sama.
Jurang perbezaan pengetahuan dan ilmu antara wartawan dan penggiat seni adalah satu perkara yang amat menuntut penyelesaian. Apa pun alasannya, wartawan yang membuat laporan tentang seni dan industri hiburan mesti berilmu dan ada pengetahuan tentang genre yang diperkatakan. Kita tak usah cakap tentang masalah, kita cakap tentang mencari penyelesaian. Apa nak buat dengan hanya graduan komunikasi yang datang dan minta kerja dengan ajensi media? Graduan seni muzik, teater, filem dll tak mau kerja dengan media co. Kenapa? Dan apa kita nak buat dengan keadaan begini?
Bagi saya senang saja. Graduan genre seni tak mau kerja di ajensi media, kita bagi training dan kursus in-house kepada mereka yang jadi wartawan. Panggil orang2 yang berkelayakan untuk mengajar mereka dan memberi tuisyen kepada anak buah di ajensi media ini. Lama2 pandai lah dia orang ini, walau pun kita perlu sedikit usaha dan sedikit pelaburan untuk bagi dia orang ni boleh bercakap tentang berbagai genre seni yang perlukan kritikan. penilaian dan pandangan yang bernas dan ada asas ilmunya. Kita ni sedang di era K Ekonomi, di mana pengetahuan dan ilmu is the name of the game! Jadi, bila lagi masalah ini nak dipecahkan? Dt.Ahmad Talib dan En Zaini dari Utusan hari itu angkat tangan kata bagus bila saya bangun dan bercakap hal ini masa Q & A . Ini semua orang-orang penting media dan saya yakin mereka faham dengan apa yang saya katakan.

Monday, August 18, 2008

Ekoran Reviu Susuk

Ada orang sms selepas membaca reviu filem Susuk saya dalam Berita Minggu kemarin. Katanya saya tak boleh membuat ukuran dan membanding ban terhadap filem Lelaki Komunis Terakhir dengan larangan filem Hitler di Jerman kerana magnitud kes itu berbeza. Dan katanya penilaian saya mungkin berasaskan perkara paling peribadi dalm hidup saya disebabkan cerita tentang bapa saya yang turut berjuang dalam Pasukan Polis Hutan menentang Komunis.

Ok, beb terima kasih atas komen. Soalnya adakah sebab Hitler menyebabkan kematian berjuta2 manusia dan Yahudi baru kes itu ada validitynya? Apakah kematian lebih kurang 11,000 orang anggota keselamatan, orang awam dll termasuk berjuta2 RM musnah oleh atrocities PKM tak ada validity nya dan Chin Peng harus diberi pengecualian dan simpati harus diberikan kepada beliau? Apakah Amir atau siapa juga simpati dengan beratus-ratus ribu ahli keluarga orang yang terkorban masa Darurat 1948? Kalau pun hanya satu orang yang mati terkorban dalam Darurat ianya masih nyawa seorang manusia dan ada tanggung-jawab yang harus dipikul oleh PKM!!!

Saya mungkin seorang daddy's girl. Tetapi perbandingan saya tentang filem Hitler dan Lelaki Komunis Terakhir adalah berlandaskan perkiraan sentimen dan sensitiviti dua negara, masyarakat dan budaya yang berbeza. Bukannya personal!! Sebahagian dari reviu saya telah diedit, tetapi ada juga saya coretkan tentang buku-buku X-rated (hardcore pornography) yang dijual di rak-rak terbuka di setesen minyak bersama dengan komik serta buku kanan-kanak. Dan perkara ini telah berlaku semenjak 2 dekad yang lalu.
Jadi Jerman yang begitu affluent dan terbuka climate nya pun mengambil kira tentang sensitiviti dan sentimen sebahagian dari penduduknya yang terkesan hidup mereka dengan Perang Dunia 2 dan tanggung jawab Hitler. Bukan semua orang tak suka Hitler di Jerman. Ramai yang menganggapnya sebagai hero dan telah melakukan tindakan yang betul terhadap Yahudi! Tapi ada juga orang yang ramai ahli keluarganya yang terbunuh dan mereka ini yang masih trauma dengan Perang Dunia 2 dan Hitler. Jadi atas prinsip yang sama saya katakan Amir tidak sensitif terhadap trauma sebahagaian besar penduduk negara ini dengan apa yang telah dilakukan oleh PKM masa Darurat.

Saya telah menonton filem tetapi ia ap itu dan ia tidaklah menunjukkan simpati terhadap Hitler tapi ia 'memanusiakan' Hitler. Sama seperti yang cuba dilakukan oleh Amir dalam filemnya (saya juga telah menontonnya). Dan atas prinsip yang sama perbandingan ini di buat.Ok? Case closed?

Tentang Kongres Industri Hiburan dan Kesenian

Mulai Jumaat 15-17 Ogos yang lalu, kami semua berkampung di JB bagi menghadiri Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian Malaysia yang pertama. Sangat historic kerana inilah kali pertama sebahagian besar NGO yang berkaitan hiburan dan kesenian bergabung tenaga dan berkongres untuk mencari hala tuju dan mengeratkan perpaduan serta bergerak dalam satu nada yang sama iaitu untuk memartabat industri hiburan dan kesenian negara ini. Dah 50 tahun kita merdeka ini kali pertama perkara ini berlaku. Alangkah bahagianya bila mengetahui ramai orang yang mempunyai objektif dan aspirasi yang sama dapat berjumpa dan berbincang, berdebat dan mengambil keputusan dan membuat resolusi mengenai berbagai perkara.
Pun begitu, ada banyak orang dan NGO yang terlibat dengan kesenian tidak dijemput dalam kongres ini. Sama seperti ribut2 nak hari Seniman baru2 ini, sahabat2 dalam Persatuan Penulis tidak dijemput sama. Kenapa Persatuan Penulis harus dipinggirkan? Kesenian tak masuk sastera kah? Dan Kesenian juga harus merangkum seni rupa. Mereka ini juga tak masuk geng nampaknya. Kita telah dan sering menyempitkan makna industri kesenian kepada filem, teater, tari, muzik sahaja. Ini tak harus berlaku dan pengertian kesenian harus merangkumi semua aspek seni. Sama juga dengan sambutan Hari Seniman. Kesusasteraan adalah seni paling pokok dalam teater, filem dan juga tari. Banyak konsep2 seni dalam sastera di pinjam, di aplikasi dan diguna dalam teater dan filem terutama dalam aspek penulisan skrip. Malah skrip itu adalah karya tulisan yang tidak ada bezanya dengan penulisan novel, cerpen dll. Semoga sesuatu dilakukan di masa yang akan datang mengenai perkara ini jika kita benar2 mahu mengembeling tenaga, pemikiran dan aspirasi untuk memartabat industri seni di negara ini.

Sunday, August 17, 2008

Kepada Seorang Abang

Abang
suatu waktu dulu
aku kagum dengan tingkah mu
sehinggalah
lagu sumbang yang kau nyanyikan
pedih hati ku
melihat kau
cuba mengambil kesempatan
ah! buruknya laku

Abang
pergi jauh dari ku
kerna masa dan waktu
telah mempamer
warna dan wajah mu sebenar
tapi ku ucap juga terima kasih
dengan doa Dia menyelimuti mu dengan kesejahteraan
Amin.

Jangan Catur Hidup ku

Berhentilah mencatur hidup ku
kerna aku punya langkah sendiri
tercarta sejak lama
dan abid itu
pentas dunia padang permainannya
dan aku percaya
kejujuran kesabaran dan tingkah lembutnya
lalu ku tolak tepi semuanya
dan ku khidmati dia penuh setia

Kalian tak berhak
memilih untuk ku
akulah yang perlu berbuat demikian
telah pun ku catat keputusan
dan aku tidak mengubah fikiran
bukan kerna aku lebih tahu
tapi banyak yang terkeliru
kalian juga tak mengenali siapa aku
jangan lupa kita semua tahu
bukan aku yang menjadi pengikut
tapi akulah pencetus riak
yang kemudiannya kalian kutip
dan hamburkan ke dada dunia!

Kadang-kadang aku ketawa kecil
melihat kedunguan
dan mereka yang cuba menjadi jaguh
sekaligus mau memadam jejak ku
tapi akhirnya terpaksa mengemis dari ku

Ada kalanya sengaja ku biarkan lakonan itu
supaya dapat ku uji setiap orang
yang rakus cuba memerangkap
tapi hingga kini
langkah ku masih selamat
kerna Dia mengetahui
yang terpendam di tasik kalbu
dan ada kalanya
aku sengaja bermain di padang kalian
yang akhirnya memperlihat
warna kejujuran setiap orang

Siapa kalian mau mencatur hidup ku?
aku bukan milik mu
bukan juga pembantu
atau orang suruhan
dan kalian hanya pengemis yang tak punya harga diri
demi mencari sedikit keuntungan yang amat memualkan!

Wednesday, August 13, 2008

Why I am not symphatetic to Lelaki Komunis Terakhir

Maybe I should talk about my dad. Well, he was in the British Army based in Singapore during WW 2. After British surrendered he went home to Butterworth and few months later was drafted by the Japanese Army to serve in their submarine plying from Penang to Burma, Nicobar Island etc. After the war, he was absorbed into the police force and with his wide experience in combat etc he was in the early batches of Field Force. I was about 3 yrs old then and I remembered very well everytime he came out from Betong, Kroh and all those highly risked areas of Communist insurgency, he would take me onto his lap and told me stories about shootings with bandits, lost in jungles, dead friends etc. I wanted to write about him so many times, but halfway he would tell me to stop. Its too much for him I think. And I just dont have the heart to make him pour out everything.

And watching him made me angry and hurt when people tried to speak fondly seeking understanding and sympathy for anything concerning The Malayan Communist Party. I'm not being defensive for what I beleived in but I seek understanding of what my dad had gone thru. The day newspapers were riddled with controversies concerning Amir Muhammad's film Lelaki Komunis Terakhir my dad immediaetly called me from Ipoh and asked me harshly how could anyone be so insensitive to make movies about Chin Peng? He broke down in the phone and I rushed back to tell him the government had taken it off from being screened. But clearly he was very upset and became suspicious with everyone. He felt very betrayed and the trauma of communist insurgency is like a time bomb in his mind. Ready to explode at the slightest provocation!

Ok, I'm my daddy's girl. Maybe that explains everything and no apology! I remembered when I was about 9 he would take me into the jungle and climb mountains and taught me about survival tactics and how to locate for water and what plant or fruits to eat if one is lost. Sometimes I pretended to feel tired during climbing Mt.Engku Busu behind my house in police barrack in Lumut, Perak and my dad would carry me on his back uphill!! But he never turn back halfway come rain or shine during those climbs. I asked him often why did I have to endure those jungle walks and mount climbing? So that I know how to fend myself and will survive should the country be overtaken by enemies communists or no communists, he said. Good thinking, dad. I owed you a lot. Maybe now it explains why I am not very symphatetic to Amir Muhammad's banned films.

Kiranya engkau tahu

Luka mempertemu kami
dan dalam was-was terluka lagi
ku buka pintu hati
kerana ku fikir dia adalah orang terakhir
yang akan menikam tangan yang ku hulur
kerna dia mengerti apa yang ku lalui
dan aku pun faham dengan saat-saat sukarnya

Luka mempertemu kami
menjadikan dia seorang sahabat setia
yang cukup mengerti
setiap kali
ada gumpal tak tertelan di kerongkong
atau kata yang tak dapat diucap
atau redup renung
yang tak terselam oleh orang lain
dan aku tak pernah peduli
kata mereka terhadapnya
kerna itu semua tak penting bagi ku

Luka mempertemu kami
dan ianya tak lebih dari itu
jadi simpanlah cemburu mu
usah kau titip ia dalam rindu dan sendu
kerna setiap kali aku melihat mu begitu
hilang hancur
segala bintang mengerdip di dada mu
yang memandu arah ku untuk sekian waktunya
sehinggalah langkah ku menjadi lebih panjang
tegap dan teguh
dalam dingin Loch Ness yang menusuk
atau redup langit Black Forrest
juga tika white night St.Petersburg

Simpanlah cemburu itu
kerna bila itu yang terpamer di wajah mu
di mata ku
kau tak lebih dari seorang anak kecil yang belum dewasa
dan aku benci melihat itu

Tuesday, August 12, 2008

Tentang Luka

Hanya sekarang
bila aku benar-benar melihat
mentafsir segalanya dengan mata hati
tersedar aku
bahawa terlalu banyak petanda
yang kau tabur di sepanjang jalan
sedang aku sedikit pun tidak mengenalinya

Ya
mungkin aku nanar ketika itu
dengan luka dan sakit yang menyelimuti
dan katalah apa pun mau mu
kau tak kan tahu bagaimana rasanya
sehinggalah kau sendiri menyelaminya

Seperti seorang Forrest Gump
aku berlari tak henti-henti
bila kekalutan dan kesakitan
menerjah ke muka
hanya untuk menyedari
segalanya harus dilalui
di depani
di cari penyelesaian
kerana itulah hukum kehidupan

Kekasih
izin kan aku memanggil mu dengan nama itu
supaya celaru ini terhenti di sini
biar semua mengetahui
aku sudah membuat pilihan
supaya yang lain menghormati
dan menerima segala keputusan.

Kekasih
tanggalkan topeng-topeng itu
dan datanglah kepada ku
seperti yang kau mau
dan aku pun tak perlu menjadi orang lain
tika menyembunyi luka itu


23 Jun 2008.

Monday, August 11, 2008

Tentang Cinta di suatu Senja

Suatu cinta
suatu senja
suatu titik pertemuan
menghambur makna dan pengertian
suatu perjalanan panjang bernama perjuangan

Lelaki ku
atau apa juga nama mu
mari duduk kita bercakap
supaya dapat kau renung tasik mata ku
dan ku tafsir getar suara mu
di senja hari ini
kita luangkan sedikit waktu
untuk bercerita
tentang jalan itu yang sering mempertemu
tapi entah kenapa
kita tak pernah bertentang mata
untuk menyelam lautan rindu
dan dalamnya tasik kalbu

Lelaki ku
kitakah yang tersilap jalan selama ini
menganyam ego rajuk dan sendu
atau Dia kah yang tak mengizin pertemuan di titik itu?
mungkin kerana kita belum layak dan benar2 bersedia
kerna Dia hanya mahu kita bertemu
dalam pakaian sutera putih
untuk suatu perjalanan yang lebih tinggi darjatnya
dan bukan di medan berdarah itu

Lelaki ku
sebenarnya
telah lama ku sedut cinta mu
telah lama suara mu sentiasa segar di dada ku
walau aku tak pernah mengenal wajah mu
dan maaf jika selama ini
aku tidak arif menafsir
senyum pertama di malam itu
dan hari2 berikutnya
aku tak pandai mentakrif getar suara mu
yang melantun ke segenap benua
dan ia tak lebih dari suara rindu dari kolam rasa
dan hanya bila kau sudah tiada
tiba2 aku jadi rindu
lalu dapat ku tafsir diri
makna hadir mu dalam hidup dan perjalanan panjang ini
lalu aku pun tersedar
engkau lah suara
engkau lah rasa
engkau lah cinta
ah! aku terlalu suka berlari
setiap kali tertusuk onak dan duri
kerana kelukaan itu menakutkan aku
untuk kesekian waktunya

Lelaki ku
ampunkan daku kerana kesilapan itu
dan ketahui lah engkau
di senja ini
dalam beban rasa bersalah
ku rakam kepasrahan dan keredaan
kepada ketentuan Nya.
AllahuAkbar

Angkasapuri
8 Mei 2998 - 7 malam.

Saturday, August 9, 2008

Congrats Mamat Khalid

Asalamualikum dan hi,

Saya nak ucapkan tahniah kepada Mamat Khalid dan geng kerana filem dia orang menang dalam FFM 21 malam tadi. Saya telah beri banyak komen tentang filem ini dalam reviu, di ceramah dll. dan memang sudah menjangkakan filem ini adalah favorite untuk menang. Bukan tak ada filem lain yang tak baik tapi filem ini banyak speciality nya. U Wei dan Adman pun kata dia orang kagum dengan filem ini dan kami semua tabik Mamat atas keberaniannya dan juga macam saya kata kepada Gayatri Su, dia produser paling berani di Malaysia. Hidup Mamat Khalid dan Gayatri!!!

Walau pun ada orang yang sinis tentang filem ini, tapi itu pendapat dia la kan? Sebab apa dia sinis tu pun wallhualam bisawab! Tahun lalu bila Mamat buat filem Zombie Kampung Pisang dan ada orang kata merapu cara Mamat, kawan kita ni dah nak patah semangat. So saya buat satu reviu (tapi tak disiarkan) dan emel kepada beberapa orang tertentu yang penting termasuk kepada Mamat sendiri. Perkataan pertama Mamat kepada saya ialah" Tq Sis, for thinking out of the box!". Well, that was histrory Mamat. You know very well I suka thinking out of box dan berani mencuba sesuatu yang orang lain tak buat. Kita ni sama2 ada adventuorous streak la. I was born and bred for that. Masa kecik2 dulu my dad bawak I panjat gunung belakang rumah every weekend. Sebab tu tak tau takut dan 'never give-up' is my motto. I am glad I could rub off some never give-up tu kat you! And see the result? Tq for the good work and enlightening sms on lots of things. Doa from me untuk kejayaan2 yang akan datang InsyaAllah.

Pasal Seminar Filem lagi

Asalamualaikum dan hi,

Semalam ada surat khabar Melayu yang buat write-up tentang Seminar Filem baru ini. Malangnya kertas kerja yang berhalaman2 tak dibincang tapi kertas yang dibentang oleh orang filem yang dijadikan fokus. Tidak salah rasanya highlight paper sapa pun, tapi kenapa tidak buat coverage yang lebih seimbang dan merangkumi semua paper yang dibentang? Dan fokus harus juga diberi kepada kertas ahli akademik yang buat banyak r & d dalam hal2 ni. Bukan masalah orang filem tu tulis kertas 1 m/s sahaja, tapi banyak perkara yang dikatakan pun tidak jelas konsepnya! Jadi kenapa ini yang dipilih untuk di highlight? Objektif seminar apa pun adalah untuk menggali ilmu dan penyebaran ilmu bukan untuk glamor!!

Dalam interviu dengan Mohram (akan keluar dalam majalah Pentas yang akan datang) kami ada bincang tentang perlunya wartawan hiburan terdiri dari orang2 senior yang tahu tentang seni dan mempunyai konsep yang jelas tentang laporan seni dan hiburan dalam akhbar. Selain itu, dia orang ni juga mesti ada kelayakkan yang sesuai untuk cover seni dan hiburan dan bukan sebarang orang yang ada diploma dan degree dalam komunikasi saja. Sebabnya ialah hanya orang yang ada kelayakkan yang sesuai saja tau apa nak difokus dan apa yang hampas dalam industri seni dan hiburan ini. Kalau tidak, kita semua akan sentiasa makan kuah dan orang lain makan isi!!! So bos2 media elok sangatlah buat anjakan paradigma tentang semua ni. Saya yakin dalam Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian yang akan datang ni perkara ini akan dibangkitkan. Sebab ramai sangat orang dalam industri ni yang tak puas hati dan fikir media patut lebih fokus untuk melaporkan hal2 yang ada nilai ilmu dan bukan saja berita.

Kita sedang bergerak untuk menjadi negara dunia pertama tapi mentaliti kita masih nak bercakap hal2 yang sensasi saja. Give credit when credit is due.

Friday, August 8, 2008

Seminar Filem FFM 21

Asalamualaikum dan hi,
Kemarin berlangsung seminar Filem sempena FFM 21 di Balai Seni Lukis. Tahniah kepada sahabat saya Syed Hassan Benyahya (you ni adik beradik BenLadin ke?) kah kah kah...Jangan mare Syed. Apa pun , dalam kegugupan Syed yang hilang teks ucapan dan cukup jujur mengakuinya, saya sms juga tahniah kepada beliau. Walau pun tak sempat mengikuti seluruh wacana ilmu sesi ke 2 lepas makan tengah hari kerana urusan lain. OK bro, you are doing fine. Jadi jangan gelabah tak pasal2. Saya akan sentiasa menyokong anda dalam apa juga misi menggali harta karun ilmu ini!!!Harta karun lain tu not my biz sebab kita semua tak mau jadi Indiana Jones dengan adventur2nya, kan?

Seperkara yang saya cakap kepada Syed dalam SMS ialah kejayaan seminar ini yang rope in sektor2 lain yang juga ada kaitan dengan industri filem. Banking, insurance, pengusaha2 industri lain malah JAKIM! Ha adik saya Tuan Asmawi dari Republik Rakyat Besut tu memang kena tarik dia sama. Dan orang2 JAKIM macam tu memang ngam dengan orang filem. Syed your choice is excellent. Dan Dr.Naim memanglah complement Tuan Asmawi sebab segalanya diterangkan dengan lebih detail dan akademik. Tak, bukan kita nak suruh David Teo dan Hans Isaac atau Yasmin buat filem macam Majidi Majid, Samira dan Hoessin Makhbalbaf atau sapa2 pun(kalau lah dia orang boleh buat macam tu kan?) tapi kita ni agama rasminya Islam dan Muslim ada lebih kurang 65% jadi its just fair orang Islam negara ini ada choice dan terarah dalam pemilihan filem2 yang mereka nak tonton.

Filem2 macam Cinta dan Sepi yang artistik dan mempamerkan pemikiran dan pernyataan budaya Islam yang berhemah dan tidak menimbulkan kontroversi semakin banyak dihasilkan. Walau pun Sepi tidak mendapat sambutan mungkin kerana tajuknya yang sedikit weepy dan melodrama (atau mungkin ada sebab lain!) Maknanya tahap pembikinan dan penghasilan filem kita semakin baik dan tinggi. Dan memanglah, kita semua tercari2 arah dan formula untuk hasilkan filem2 yang juga berjaya di box office dan kita semua masih bingung. Tapi pendapat saya ni, semuanya kerana cinema goers kita orang muda dan ini juga trend di seluruh dunia. Dan orang muda2 ni mana nak filem yang berat2 dan suruh orang berfikir? Dan orang tak muda tak ada masa nak pergi tonton filem melainkan serious filem goers macam kita ni saja yang akan pergi tengok filem apa pun. Dan macam saya kata sebelum ini, paradigma pemikiran kita juga kena ubah dan perlu lihat filem sebagai saluran pemameran dan wacana budaya dan bukan filem sebagai hiburan atau escapism macam yang dipercayai oleh setengah2 orang!!

Dan ini satu perkara yang menyedihkan, salah tanggapan dan tidak cukup kefahaman tentang apa peranan yang boleh dimainkan oleh pemikir dalam industri filem. Sampai Menteri pun ada yang tengok filem tak lebih dari industri hiburan dan perlu diguna untuk menjana revenue dari dalam dan luar negeri. Ini yang menyebabkan orang2 filem macam anjing dengan kucing dengan ajensi macam FINAS. Sebab orang yang mentadbir industri filem dengan penggiat2 filem tak bercakap tentang perkara yang sama! Dan dalam seminar baru ni, Filem Negara pun dah kena torpedo! Tapi fikir2 ye juga. Apa yang Filem negara buat? Kenapa tak gerakkan dia orang ni supaya lebih aktif dan buat usaha2 untuk penambah-baikkan filem2 dokumentari kita? Doku kita pun entah boleh atau tidak dipanggil dokumentari? Sebab dalam banyak hal, doku kita tu tak lebih dari majalah bukan dokumentari yang sebenarnya!! Dan tak guna juga kita buat jv dengan Discovery dan Nat.Geoghraphy kalau dia orang punya kepala hanya nak cari perkara2 yang demeaning dalam budaya kita macam dalam Becoming A King! Perkara yang di fokus bukan tentang institusi di Raja kita tapi bab2 yang memperleceh budaya kita.

So sahabat2 di Kementerian Penerangan tu duduk dan panggil pakar2 dokumentari kita dan buatlah apa yang perlu. Tahun lepas, ada juga buat short filem competition yang saya kira sangat baik. Tahun ini, dah kena godam dalam surat-khabar barulah nak buat. Well, problem is a problem when you make it a problem!! Bila kita tak fikir aspek problem tapi fokus hal lain, no problem is a problem!! Fikir lah sendiri sapa pun yang patut samada di Kem.Penerangan atau pun yang dah tak duduk di situ!

With love

Wednesday, August 6, 2008

Di Persimpangan itu

Lelaki itu adalah seorang pelaut
yang singgah di setiap pelabuhan
dan dengan penuh kejujuran
menjadi lelaki sejati
sehinggalah dia ditemui
dan dalam gugup suaranya menyata citra
kerinduan kepada tanah bondanya
dan seperti orang banyak
dia sudah jemu dengan pelayaran

Sesungguhnya dia tak berbohong
dan kejujuran itu tak meragukan aku kepadanya
lalu aku jatuh cinta dengan ketidak-puraannya

Lelaki ini pula seorang penanti
atau benarkah begitu?
kerana aku tidak pernah melihat kesetiaan sinonim dengan mereka
lalu ku fikir dia suatu eksotika
sehingglah aku menyelak lembaran sejarah
yang mengungkap rahsia sejuta
yang akhirnya menjawap
segala teka segala luka dan airmata yang sekian banyak tertumpah
itu tak lebih dari permainan cintanya dalam penantian menunggu kesediaan
dan dalam kebingungan itu
rupanya aku telah terlebih dahulu membalas dendam
dengan ketidak-setiaan yang tak pernah dirancang
dan dia amat tersiksa jadinya
ah....kehidupan!!

Di persimpangan itu
diakah seorang Sita yang terkesima
oleh hangat cinta seorang Rama
yang cuba memenggal kepala seorang Ravana tua
yang kehilangan gelanggang permainan
kerana cahaya tidak lagi menyoroti tingkahnya
dan tirai telah lama dilabuhkan
dan itulah hadiah perkahwinan yang mahu dipersembahkan

Atau di persimpangan itu
diakah Tun Kudu
yang dalam sendu keliru
bakal menyatu kota yang terbelah dua
dengan bahang apinya yang terus menyala
dan diakah juga
bakal menutup buku perseteruan
walau dengan begitu payah dan pedih luka
menghulur tangan lembut seorang perempuan
kepada lelaki-lelaki itu
yang selama ini menikamnya
dari setiap sudut
tapi yang anehnya
dia tidak juga mati
lalu mereka menamakannya puteri seorang wali

Di persimpangan itu
ia memejamkan mata
dan menyerah kepadaNya
menabur takdir
Allahuakbar!

5/6/2007

Tentang Cinta Di Suatu Senja

Di Titik ini

Ketahuilah engkau
perasaan bersalah ini
adakalanya
begitu membeban
sedang kau rasanya cukup mengerti
kita sama-sama terjebak
dalam putaran ganas ini
permainan bapa-bapa di sebalik tabir
lalu kita jadi nanar
dan bercakaran sentiasa

Ketahuilah engkau
aku tak akan memohon maaf
bukan kerana aku tidak bersalah
tapi
ada kalanya perjalanan ini begitu memenatkan
dan hati menjadi beku
untuk menyebut kata rindu

Di Padang Ini

Di padang siapakah ini
kita bermain?
Kerana rasanya aku seperti berperang
dan lawan ku seperti tidak bernama
tidak berwajah
dan aku tidak diberitau
apakah peraturannya?

Abang,
katakan kepada ku
apakah benar belaka telahan ini
atau
apakah engkau sedang ketawa
dalam puas dan sadis seorang pencinta
dan segalanya hanyalah permainan cinta mu
menguji sekaligus menghukum
kesalahan yang tidak pernah ku lakukan
sedang aku masih termangu mencari jawapan

Abang
cukuplah melayan dendam itu
kerana aku cukup pedih melihat mu
semakin hari
semakin tenggelam menganyam kesumat
dan tersungkur oleh kifarahNya

Monday, August 4, 2008

Biasiswa untuk pemenang FFM

Asalamualaikum dan hi,

Tiap2 tahun kita ada Festival Filem Malaysia. Dan tiap2 tahun media kita penuh dengan cerita pesta2an filem, artis dan nasib baik beberapa tahun kebelakangan tak pernah miss ada seminar filem dalam FFM. Itu suatu usaha yang baik dan perlu diteruskan, diperkemas dan diusahakan supaya artis2 yang liat nak menuntut ilmu tu datang sama . Supaya mereka jadi artis yang cantik muka dan kepala juga cantik dan berilmu!! Sebab yang selalu datang seminar2 ni puak2 yang duduk dalam industri dan pelajar saja tapi artis2 yang top dan tak top tak pernah nampak muka. Semalam baru saja keluar cerita Kiera Knigthley pun menyesal sebab tak belajar sampai universiti sebab nak main filem. Tu Kiera Knightley!!

Ok, artis2 yang dah menang aktor dan aktres terbaik, pengarah terbaik dll dia orang ni semua dapat trofi duit dan sijil. Kenapa tak ubah sikit hadiah2 yang dibagi kepada dia orang ni? Mungkin biasiswa untuk kursus jangka pendek dan jangka panjang juga perlu supaya dia orang ni boleh mendalami ilmu dalam bidang2 yang patut-lakonan, pengarahan, editing, art directing dan apa2 juga. Inilah caranya kita nak pastikan puak2 dalam industri filem kita ni belajar
dan membaiki diri sendiri dengan ilmu. Hantarlah dia orang pergi ke luar negeri dan pusat2 industri filem yang bagus2 di seluruh dunia atau pun di universiti tempatan. Kita kena ubah pemikiran orang2 filem kita yang muda2 ni supaya mereka menghargai ilmu dan berpandangan jauh.Jangan cepat tergoda dengan satu dua kejayaan dan merasa dia orang dah cukup hebat tapi kerja dia orang tak macam mana sangat! Menuntut ilmu tu kan mesti sampai ke liang
lahad? Tu Nabi Muhammad SAW punya hadis, bukan sebab kepala saya ni yang memang tamak dengan ilmu. Benda lain tak berapa tamak, tapi ilmu memang saya tamak dan frust habis kalau tak boleh buat benda2 yang ada konotasi ilmu. Satu penyakit juga tu. Astagafirulahhilazim.

Saturday, August 2, 2008

Apa ada di Muzium Negara?

Asalamualaikum dan hi,

Baru2 ni Persatuan Sejarah Malaysia ada buat kenyataan tentang muzium kita. Saya bersembang dengan orang2 Persatuan Sejarah dan tanya apa yang dia orang marah2 tu? Rupanya orang2 dan pakar2 sejarah ni tak puas hati dengan display di Muzium Negara yang baru di renovate tapi jg 'dibonsaikan' (ada ke perkataan tu?)! Dah lah artifak2 yang dipamerkan di situ lebih sedikit daripada apa yang sepatutnya, emphasisnya pun 'kureng' betul kata budak2 sekarang! Di Tingkat atas tu, ada replika kapal Portugis dan China yang agak besar dan menggunakan banyak ruang. Jadi artifak2nya pun 'ciput' lah yang boleh diletak!! Mana pergi lagi artifak yang berlambak2 dibawa dari muzium di Jalan Raja Laut tu? Apa jadi dengannya? Dan nak diletakkan di mana pulak? Renovation yang begitu mahal tapi hasilnya tak seberapa inilah kata dia orang. Saya pergi tengok galeri2 yang di tingkat atas di seksyen C dan D. Memang betul apa yang dikatakan!! Sebenarnya apa yang nak di glorify? Penjajahan dan 'the wonders' that they bring? Buruk benar bunyinya! Tapi saya tanyakan beberapa orang pengunjung dia orang pun kata macam tu. Betullah ini persepsi orang yang memandang tapi persepsi tu ada sebabnya orang nampak macam tu.

Cadangan saya senang saja. Cukuplah dengan orang2 kita mengambil model dan 'ape' apa juga dari Barat terutama dari UK sahaja. Pergi tengok muzium2 di tempat lain sama! The Hermitage atau Istana Musim Sejuk Tsar Nicholas 2 di St.Petersburg Russia adalah satu lagi pengalaman yang tak akan dilupakan oleh siapa juga yang pergi tengok. Dia orang guna 9 kg emas untuk pulihara dan bina semula istana ini yang teruk kena bom masa www 2. Dan artifak2 yang dipamer di situ sangat banyak dan dapat kita rasakan the Russian soul nya! Di satu ruang pamerannya ada meja makan tempat Tsar Nicholas 2 dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan dari jadi Tsar dan kerajaan Komunis di bawah Lenin mengambil alih. Masa serangan ke atas istana itu, jam mangkuk di ruang itu terhenti kerana letupan bom di luar istana dan jam itu turut dipamerkan! Sangat bersejarah tapi sangat2 'alive' dengan segala peristiwa yang berlaku. Muzium bukan tempat pameran artifak lama yang beku dan mati saja, tapi pendekatan pemamerannya cukup penting untuk jadikan ia tempat yang perlu dilawati/lebih baik lepak di Starbuck saja!! Begitulah kaedahnya. Saya faham dengan marah2 orang Persatuan Sejarah Malaysia. Saya jumpa Prof.Nik Annuar baru ni dia ada banyak perkara nak cakap pasal apa kita kehilangan Batu Putih dan kenapa rakyat tak boleh marah kerajaan sekarang. Nanti kita jumpa Prof. Nik. I want to hear your story!!

Tentang Castle2 di Scotland

Asalamualaikum dan hi,

Bila teringatkan Stirling di Scotland, saya paling terkenang tentang castle2 nya. Disekitar Stirling dalam radius 30-40km ada lebih kurang 4 atau 5 buah castle lama yang telah dipulihara dan dibuka kepada umum untuk dilawati. Dan memangnya ia suatu pengalaman yang menakjubkan bila anda memasukinya kerana disitulah sejarah dan ketamadunan Scotland dipamerkan dengan detail dan segala khazanah negara dan keluarga di raja diletakkan di situ. R & D dia orang memang dahsyat dan ini yang membuatkan saya geram tak sudah2 sampai sekarang! Geram dan jelous pada masa yang sama. Masa tinggal di sana saya selalu melawat castle2 di Scotland dan rupanya jumlah castle di situ lebih banyak dari castle yang ada di seluruh Eropah. Memang betul kerana di segenap ceruk daerah Scotland ada castle. Ini kerana orang bangsawan Scotland terdiri dari banyak puak dan mereka ni sering berperang antara satu sama lain. Lebih kurang macam Hamas dengan Fatah jugak lah, tak habis2 berperang dari dulu sampai sekarang!

Tapi castle yang paling besar dan termasyhur ialah di Stirling dan di Edinburgh. Sebab disitulah Queen Mary of Scotland (sepupu Queen Elizabeth) bersemayam sebelum di tawan oleh Elizabeth dan dihukum pancung. Castle Stirling mengambil masa 20 tahun untuk dipulihara dan disiapkan. Semua bahagian dan bilik2nya dipulihara dengan baik sekali dan nota2 penting tentang setiap bahagian castle itu diletakkan termasuk tangga tempat Lord Darnley menolak jatuh hingga mati lelaki yang disyaki menjadi kekasih Mary! Memang kadang2 seram bulu roma juga bila sampai tempat2 macam tu, tapi saya amat kagum dengan 'passion' yang ditunjukkan oleh perbadanan warisan mereka dalam memelihara dan memulihara warisan. Cuma sayang, Castle Urqurhart di tepi tasik Loch Ness tidak dapat dibina semula kerana ia mengalami hakisan air dan udara yang amat teruk dan tak dapat diselamatkan. Kalau tidak semua orang yang pergi mengendap monster di Loch Ness tentu boleh duduk di castle tu sambil menunggu monster timbul!!Ramai pelancong yang pergi ke Scotland akan dibawa melawat castle2 ini dan ia merupakan tempat yang popular kerana unik dan tak ada di tempat lain.

Sememangnya mereka telah melakukan suatu usaha yang baik dan patut dicontohi kalau kita benar2 serius nak bangunkan industri pelancongan kita untuk program jangka panjang. Kita tak ada castle, tapi bekas2 istana lama kita yang tercatat dalam buku2 sejarah patut dibina semula dan dibuka untuk pelancong. Bahan2 sejarahnya patut diletakkan sama siap dengan sejarah dan salsilah keturunan di raja. Memanglah, ini semua akan memakan belanja yang besar dan tak boleh buat dalam masa yang singkat, tapi kalau tak mula dari sekarang sampai bila pun kita tak akan dapat memulihara bahan2 sejarah kita untuk generasi yang akan datang.

Begitu juga dengan kawasan2 bersejarah kita. Kota Gelanggi masih tak tahu di mana tempatnya
tapi Lembah Bujang memang dah diketahui mempunyai potensi yang berstatus world jika dibangunkan kembali semua candi2 disitu. Seorang profesor antropologis memberitau saya tamaddun Hindu-Buddha di situ cukup besar dan tingglan sejarah yang amat penting
sepenting Akropolis di Greece dan Colliseum di Rome, Angkor Wat dan Candi Borobodur. Ini kerana Lembah Bujang adalah tinggalan sejarah dan tamaddun Hindu-Buddha terbesar di luar India. Jadi bayangkan impak dan potensinya kalau ianya dibangunkan semula. Masalahnya mungkin ramai pihak yang akan menentang bab2 nak bina semula tamaddun agama yang bukan dari agama Islam di negara ini. Mungkin kita perlu terbuka dalam hal ini dan tidak melihatnya sebagai usaha untuk mengembalikan kegemilangan dan tamaddun agama Hindu-Buddha, tapi lebih kepada membangunkan tempat bersejarah untuk tujuan dan tarikan pelancongan. Kita bukan nak bangunkan semula candi2 tu sebab nak sebarkan agama Hindu-Buddha. Bayangkan spin-off kepada industri pelancongan tempatan dan negara ini jika ianya menjadi kenyataan.

Friday, August 1, 2008

Dasar Kebudayaan Kebangsaan tu racist?

Asalamualaikum dan hi,
Dah dua tiga kali saya duduk bersembang dengan Tan Sri Ismail Hussein dan abang-abang besar di Gapena kebelakangan ini. Kesian kat Tan Sri Ismail, banyak kali dia cakap orang kata dia racist sebab dia selalu bercakap tentang memartabat bangsa dan budaya Melayu. Saya ceritakan kepada dia, saya pun kena macam2 juga kerana bab2 ini. Emotional, psychological, malah physical stalking dan juga harrassment (juga sabotaj dalam kerjaya). Ada anak bekas seorang negarawan ulung yang panggil saya racist dan pelobi agama yang sempit kerana saya membuat reviu2 filem dan teater yang mengkritik karya2 tertentu yang tidak sensitif kepada budaya Melayu dan agama Islam. Peliknya, orang2 inilah yang bercakap tentang hak asasi manusia dan liberalisasi blah..blah...blah! Jadi saya tanya balik. So and so berhak berkarya begitu dan begini ikut suka hati dia kerana itu hak asasi dia, kenapa saya tak boleh menulis begitu dan begini ikut suka saya kerana itu juga hak asasi saya? Mana boleh orang2 tertentu saja diberikan hak asasi dia dan hak saya nak dinafikan? Ini bukan liberal thots dan hak asasi namanya, tapi hanya nak pastikan pemikiran2 tertentu yang tak diterima selama ini mengambil centre stage dan akhirnya diterima sebagai mainstream thots!! Tu lah dianya. So kepelbagaian budaya yang dijamin oleh UNESCO pun dah tak releven? Mana boleh macam tu brother? Tak aci lah!!(bukan aci2 buka pintu).

Kemudian kami bercakap tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang budak2 sekarang tanya apa benda tu? (mengikut cerita sahabat saya Pn.Halimah UPM). Kami semua (dan ramai lagi suku-sakat) setuju DKK ni perlu di rekayasa dan dilihat semula perlaksanaannya. Apa yang kena dan apa yang tak kena dan di mana silap kita hingga Bahasa Melayu berada di tempatnya sekarang? Pejuang2 Bahasa tak henti2 bercakap tentang hal ini dari dulu sampai sekarang. Tapi apa jadi dengan nama kompleks membeli belah, pangsapuri dan taman2 perumahan? Macam tak duduk di Malaysia rasanya kadang2! Saya teringat sewaktu tinggal di Anzac Parade Sydney, Australia dan 'kampung Clarkmananshire' di Stirling Scotland. Tu lah rupanya. Tak lebih dan tak kurang!! Apa yang PBT dan ajensi2 kerajaan lain kita buat dalam memartabat Bahasa Kebangsaan kita? Sama juga dengan papan iklan gergasi di merata ceruk bandar kita. Produk tempatan pun pakai model orang asing! Kurang ka model2 kita yang layak mukanya diletak di papan2 macam tu? Mungkin kita patut gunakan kuasa pengguna? Produk2 yang tak memartabat budaya tempatan kita boikot, tak usah beli? Mungkin itu lebih berkesan untuk berdepan dengan orang2 bisnes yang tak kira langsung tentang maruah dan martabat agama, bangsa dan negara? Saya bukan mengusulkan apa2 tapi ini suatu lontaran idea atas nama kebebasan bersuara!!!

Saya tanya Tan Sri Ismail lagi, kenapa dia orang kata Tan Sri racist bila cakap pasal DKK ni? Kata dia sebab dasar tu meletakkan budaya peribumi sebagai induk kepada budaya2 lain. Jadi saya kata, kita ini berbilang kaum, budaya dan agama tapi DKK juga menyerap dan menerima budaya bangsa2 lain penduduk negara ini yang sesuai dan tidak bertentangan dengan budaya peribumi dan Islam. DKK sebenarnya sudah lama merupakan praktis dan toleransi kaum dan meraikan kepelbagaian budaya!. Kita terima tarian singa, erhu, wushu, kuih bulan dll. Kita juga terima muruku, silambam dan tabla dll sama seperti kulintang, sape dan Gawai Dayak. Jadi apa masalahnya? Muzik hip-hop, Urbanscape dan teater Patung Kertas pun kita benarkan dan kita tak ban. Dewan Philharmonic Orchestra PETRONAS punya artis, sorang pun tak ada orang Malaysia. Sapa pun tak bising? Banyak mana budaya Anglo-saxon di Amerika Syarikat yang ambil dan serap budaya dan bahasa Sioux, Mohiccan dan Appachee? Banyak mana budaya dan bahasa Inggeris di Australia di ambil dari budaya orang asli Australia selain dari nama2 seperti Wagga-Wagga, Toowomba, Geelong dll? Jadi apa masalahnya? Syed Munawar anda membuatkan saya mula nak marah lepas buat promo program kita semalam. Tk brother.