Friday, August 8, 2008

Seminar Filem FFM 21

Asalamualaikum dan hi,
Kemarin berlangsung seminar Filem sempena FFM 21 di Balai Seni Lukis. Tahniah kepada sahabat saya Syed Hassan Benyahya (you ni adik beradik BenLadin ke?) kah kah kah...Jangan mare Syed. Apa pun , dalam kegugupan Syed yang hilang teks ucapan dan cukup jujur mengakuinya, saya sms juga tahniah kepada beliau. Walau pun tak sempat mengikuti seluruh wacana ilmu sesi ke 2 lepas makan tengah hari kerana urusan lain. OK bro, you are doing fine. Jadi jangan gelabah tak pasal2. Saya akan sentiasa menyokong anda dalam apa juga misi menggali harta karun ilmu ini!!!Harta karun lain tu not my biz sebab kita semua tak mau jadi Indiana Jones dengan adventur2nya, kan?

Seperkara yang saya cakap kepada Syed dalam SMS ialah kejayaan seminar ini yang rope in sektor2 lain yang juga ada kaitan dengan industri filem. Banking, insurance, pengusaha2 industri lain malah JAKIM! Ha adik saya Tuan Asmawi dari Republik Rakyat Besut tu memang kena tarik dia sama. Dan orang2 JAKIM macam tu memang ngam dengan orang filem. Syed your choice is excellent. Dan Dr.Naim memanglah complement Tuan Asmawi sebab segalanya diterangkan dengan lebih detail dan akademik. Tak, bukan kita nak suruh David Teo dan Hans Isaac atau Yasmin buat filem macam Majidi Majid, Samira dan Hoessin Makhbalbaf atau sapa2 pun(kalau lah dia orang boleh buat macam tu kan?) tapi kita ni agama rasminya Islam dan Muslim ada lebih kurang 65% jadi its just fair orang Islam negara ini ada choice dan terarah dalam pemilihan filem2 yang mereka nak tonton.

Filem2 macam Cinta dan Sepi yang artistik dan mempamerkan pemikiran dan pernyataan budaya Islam yang berhemah dan tidak menimbulkan kontroversi semakin banyak dihasilkan. Walau pun Sepi tidak mendapat sambutan mungkin kerana tajuknya yang sedikit weepy dan melodrama (atau mungkin ada sebab lain!) Maknanya tahap pembikinan dan penghasilan filem kita semakin baik dan tinggi. Dan memanglah, kita semua tercari2 arah dan formula untuk hasilkan filem2 yang juga berjaya di box office dan kita semua masih bingung. Tapi pendapat saya ni, semuanya kerana cinema goers kita orang muda dan ini juga trend di seluruh dunia. Dan orang muda2 ni mana nak filem yang berat2 dan suruh orang berfikir? Dan orang tak muda tak ada masa nak pergi tonton filem melainkan serious filem goers macam kita ni saja yang akan pergi tengok filem apa pun. Dan macam saya kata sebelum ini, paradigma pemikiran kita juga kena ubah dan perlu lihat filem sebagai saluran pemameran dan wacana budaya dan bukan filem sebagai hiburan atau escapism macam yang dipercayai oleh setengah2 orang!!

Dan ini satu perkara yang menyedihkan, salah tanggapan dan tidak cukup kefahaman tentang apa peranan yang boleh dimainkan oleh pemikir dalam industri filem. Sampai Menteri pun ada yang tengok filem tak lebih dari industri hiburan dan perlu diguna untuk menjana revenue dari dalam dan luar negeri. Ini yang menyebabkan orang2 filem macam anjing dengan kucing dengan ajensi macam FINAS. Sebab orang yang mentadbir industri filem dengan penggiat2 filem tak bercakap tentang perkara yang sama! Dan dalam seminar baru ni, Filem Negara pun dah kena torpedo! Tapi fikir2 ye juga. Apa yang Filem negara buat? Kenapa tak gerakkan dia orang ni supaya lebih aktif dan buat usaha2 untuk penambah-baikkan filem2 dokumentari kita? Doku kita pun entah boleh atau tidak dipanggil dokumentari? Sebab dalam banyak hal, doku kita tu tak lebih dari majalah bukan dokumentari yang sebenarnya!! Dan tak guna juga kita buat jv dengan Discovery dan Nat.Geoghraphy kalau dia orang punya kepala hanya nak cari perkara2 yang demeaning dalam budaya kita macam dalam Becoming A King! Perkara yang di fokus bukan tentang institusi di Raja kita tapi bab2 yang memperleceh budaya kita.

So sahabat2 di Kementerian Penerangan tu duduk dan panggil pakar2 dokumentari kita dan buatlah apa yang perlu. Tahun lepas, ada juga buat short filem competition yang saya kira sangat baik. Tahun ini, dah kena godam dalam surat-khabar barulah nak buat. Well, problem is a problem when you make it a problem!! Bila kita tak fikir aspek problem tapi fokus hal lain, no problem is a problem!! Fikir lah sendiri sapa pun yang patut samada di Kem.Penerangan atau pun yang dah tak duduk di situ!

With love

1 comments:

Tuan Asmawi Tuan Umar said...

Salam , Kak Siti . Terima kasih kerana sudi mendengar luah bicara saya dalam Simposium yang diadakan sempena Festival Filem malaysia kali ke-21 di Balai seni lukisan negara itu. Tapi apa yang saya perhatikan view-point yang saya dan Prof Naim lontarkan nampaknya semacam dimasukkan de dalam sungai Klang agaknya. Yalah barangkali , saya dan Prof Naim ini pada mata wartawan tiada jenama kot. Inilah sebabnya kalau wartawan muda plus hingusan yang gagal untuk mengertikan the science of priority , mana yang berisi dan mana yang tidak. Tak kisahlah saya tapi dalam sebanyak2 yang Prof naim cakap , satu pun tak keluar. ok kak ya..http://tuanasmawiumar.blogspot.com - www.tuanasmawi.my