Tuesday, June 2, 2009

Wacana Dunia Melayu Di Alor Setar

Mulai 10 - 11 Jun 2009 perjumpaan dan suatu majlis ilmu yang dinamakan Wacana Dunia Melayu akan di adakan di Alor Setar bertempat di Perpustakaan Negeri Kedah. Wacana ini bermula dengan pelancarannya pada 10 Jun oleh Menteri Besar Kedah dan keesokkan harinya diikuti dengan majlis perbincangan dan pembentangan kertas kerja oleh sarjana dan tokoh-tokoh akademik dunia Melayu. Majlis ini adalah hasil perbincangan dan cadangan tokoh-tokoh budaya dan akademik Acheh yang telah beberapa kali berbincang dengan GAPENA susulan siri wacana yang telah beberapa kali dibuat sebelum ini di seluruh Alam Melayu. Walikota Acheh juga akan turut hadir dan menjadi tetamu Kerajaan Negeri.

Fokus wacana kali ini adalah memupuk ruang kerjasama dan perpaduan antara komuniti Islam-Melayu dalam aspirasi, identiti dan berbagai isu pembinaan negara bangsa bagi hampir 300 juta orang Melayu di seluruh dunia. Partisipasi dijangkakan dari peserta luar negeri terutama Acheh, Kalimantan, Jogjakarta, Brunei, Thailand, Singapura dan juga Filipina dll selain daripada Malaysia sendiri. Dijangkakan 100 orang tokoh, sarjana dan pemikir dunia Melayu akan berhimpun dan berwacana dan partisipasi yang cukup terhad adalah melalui jemputan sahaja.

Kerjasama dan keterbukaan Negeri Kedah memberi sokongan dan bantuan untuk majlis wacana ini adalah sesuatu yang amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih selain daripada ianya sesuatu yang perlu dilihat dan diterima dengan pandangan yang lebih terbuka, intelektual dan menuntut kewarasan di peringkat paling optimum. Dan GAPENA sekali lagi gigih melangkah ke depan membina platform bagi wacana intelektual yang sihat dan amat perlu tanpa mengira kecenderungan politik tapi segalanya atas dasar kepentingan 300 juta orang Melayu di seluruh dunia dalam mendepani globalisasi dan segala macam cabaran order baru dunia. Semoga tidak ada yang memandang serong atau berfikiran sempit dan meletakkan label yang tidak sepatutnya ke atas majlis ilmu yang bakal diadakan. InsyaAllah.

2 comments:

wakilrakyat said...

Assalamualaikum wrt.

saya berminat untuk meyertai wacana ini, tapi bagaimana cara untuk saya menyertainya, pendaftaran bagaimana?

tq,
email saya: www.wakilrakyatblog.blogspot.com

Siti Ruqaiyah Hashim said...

Waalaikum Salam wbk,
Harap dapat berikan detail identiti Tuan kepada saya supaya dapat didaftarkan setelah saya berunding dan mendapat kebenaran dari AJK Gapena. Tempat amat terhad dan jemputan dari luar dijangka ramai tetapi saya akan cuba seberapa daya. Terima kasih.