(Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian 22 Disember 2013 yang lalu. Di atas adalah versi asal yang tidak diedit).
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 5:16 PM 0 comments
Setiap kali melihat mu
dan menghitung beban usia
belakang mu yang bongkok
aku jadi lupa pada segala
pedih luka kecewa
serta marah yang tidak terhambur
oleh wajah putera
yang semakin tidak ku kenal
oleh kacau dalam dirinya
bapa
Dia telah memanjang usia mu
dan banyak kali mengajar ku
tentang kesabaran dan kasih sayang
walau mereka cuba menolak ku ke tepi
tapi kasih mu
yang sentiasa mendambakan aku di sisi
sedikit pun tidak menjejaskan harga diri
dan aku jadi perkasa semula
serta tidak mengenal putus asa
kerna kasih mu adalah raja
suara mu yang berkata
aku anak yang sentiasa di tunggu
Allahuakabar
begitu permainan Nya
menitiskan bahagia
serta bayu kasih yang menyegarkan
walau mereka mungkin tidak mengerti
biarkan lah begitu
kerna Dia cukup tau
Bismillahi Tawakkal Allalah
sentiasa memberi kemenangan kepada ku.
Ipoh -31 November 2013.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 4:15 PM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:25 AM 0 comments
KESEDIHAN YANG TERTANGGUH INI.
(UNTUK NOR AISHAH OSMAN).
di pusara mu adik ku
Dia telah memakbulkan doa ku
bahawa kita akhirnya bertemu
sejuk marmar hitam yang bertanda nama mu
ku usap permukaannya
tanpa dipinta
titis-titis panas merintis tak henti-henti
dalam sendu itu
ku gagahi menghabiskan Yassin
Putri mu yang tegak berdiri
terdiam dan hanya memerhati
dan berlalu tanpa suara
mungkin dia merasakan
air mata ku yang tertumpah itu
punya keluhuran
dan kerinduan yang tidak bertepi
serta kekesalan
mengenang fitnah dan persengketaan
yang cukup memalukan
lalu kesedihan yang tertangguh ini
terurai juga akhirnya.
SYUEN HOTEL
IPOH.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 2:43 AM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 3:01 AM 0 comments
Baru-baru ini Dato Ibrahim Ali Pengerusi PERKASA mencadangkan nama Chin Peng dihapuskan daripada semua buku sejarah kita supaya orang tidak ingat lagi kepada beliau. Baguskah cadangan itu?
Saya kurang pasti ia cadangan yang bijak sebab keganasan dan kemusnahan yang dilakukan oleh PKM perlu tidak dilupuskan dari sejarah kita untuk mengingatkan generasi akan datang tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM. Kalau dilupuskan bab tentang keganasan mereka, itulah yang dikehendaki oleh penyokong mereka.
Tidak ada kisah kekejaman Chin Peng ditulis adalah langkah awal untuk mereka menulis semula tentang peranan Chin Peng yang kononnya pejuang kemerdekaan Malaysia. Kita perlu berhati-hati tentang perkara ini sebab kalau keganasan PKM tidak terus ditulis, satu hari esok adalah puak yang akan menulis sejarah Malaysia versi mereka dan menggambarkan Chin Peng sebagai wira dan telah dizalimi!
Dato Ibrahim Ali perlu jangan lebih terlajak dari laju!
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 7:52 PM 0 comments
Setelah dua kali menonton filem The Butler penulis hanya boleh katakan filem ini mesti ditonton oleh semua peminat filem, penganalisis sosio-ekonomi-politik Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Satu 'tour de force' sejarah-sosio-ekonomi-politik rakyat Amerika keturunan Afrika yang merupakan 15 peratus daripada seluruh penduduk Amerika Syarikat. Dengan ramai bintang 'heavyweight' Hollywood dan pemameran lakonan cemerlang Jonathan Winters, Oprah Winfrey dan lain-lain, golongan Caucasian di Negara terkuat dan terhebat ini mungkin sedang melalui detik-detik pedih dan sukar membayar 'rasa bersalah' perbuatan datuk nenek mereka terhadap mereka yang berketurunan Afrika.
Filem Django Unchained mungkin hanya permulaan saya kira. The Butler mengungkap segala-galanya tentang kepedihan, kelukaan dan kekeliruan yang telah dilalui oleh negara yang tidak pernah berhenti bercakap tentang hak asasi manusia ini. Semoga filem ini menang di Anugerah Akademi dan lain-lain festival besar filem di seluruh dunia!
InsyaAllah reviu filem ini akan disiarkan sedikit masa lagi dalam sebuah akhbar arus perdana.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:48 PM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:16 PM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 6:38 PM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 1:40 AM 0 comments
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:58 PM 0 comments