VIVA PALESTINA
Segala soal ku
tidak kau jawab
tapi berbagai yang terjadi
riak bertukar menjadi ombak
ombak semakin hampir menjadi tsunami
tanpa ku sedari
rupanya itulah jawapan mu
biarkan
detik ini berlalu
dalam kesepian panjang amat indah
kerna dalam sunyi begini pun
ku rasakan kehadiran mu di sisi
penuh kasih
penuh sayang
penuh
kemanusiaan
serta cinta tanpa syarat
sarat termuat
dalam redup renung mu
dalam getar suara mu
dalam nakal bersalut cemburu
ku simpan senyum mu dalam hati
ku
ku bawa kemana jua aku pergi
begitu kata mu
semusim yang lalu
Ah!
ini
musim cinta mekar agaknya
gemanya
semakin nyaring di cuping telinga
Viva
Palestina!
Helsingborg
Sweden - November 2014.
PUISI UNTUK SEORANG
ADIK
Dalam kedinginan pagi
-2 darjah
dia mencapai basikal
dan mengayuh keluar
meninggalkan ku
di bilik kecil itu
aduh!
gigihnya dia mencari
kehidupan
ada
titik-titik jernih di tasik matanya
dan di kelopak mata ku
titisnya mengalir lebih
laju
ketika berpelukan
sesaat sebelum aku
melangkah pergi
adik kecil yang ku
tinggalkan di tanah orang
melambaikan tangan
belum sempat aku
terbang
mesej darinya berkata
dia sudah merindui
ku!
Ya Tuhan
peliharalah adik
kecil ku yang tidak lagi kecil
berikan kekuatan
kepadanya
berikan kesejahteraan
kepadanya
setelah Engkau
kembalikan dia ke jalan Mu
Ya Tuhan
terima kasih
kerna pasti arwah ibu aman di sana
adik kecil ku telah
menemui cahaya Mu
dan punya kekentalan
seribu badang
dan damai di hatinya
terpancar diwajah
bersih
oleh bibir yang
sentiasa menyebut kalimah Mu
Allahuakbar
Copenhagen Airport – Disember 2014.
MACHU PICCHU
Di puncak ini
aku mencapai awan
di puncak ini
aku mengenggam kasih
sayang
di puncak ini ku
saksikan kemanusiaan
kerna antara Marie
dan Maria
ada seorang Siti
antara Nestor dan
Isztevan
ada seorang Ernesto
dan segalanya mengesahkan
di mana pun
ada Marie yang jujur
ada Maria yang luhur
di mana juga
kita akan jumpa
seorang Nestor yang
sedang membalut luka
atau Isztevan yang lucu dan menghiburkan
serta Ernesto yang sabar melindungi
di mana pun
ada manusia yang baik
juga
yang kurang ajar
dan si oportunis yang tidak punya malu sedikit
pun
di puncak ini
ku katakan sekali lagi
aku menggapai awan dan
kasih sayang
lahir dari jiwa tulus dan luhur
Machu Picchu – November 2014.
0 comments:
Post a Comment