TUJUH LAUTAN KU
SEBERANGI
Agaknya
menyeberangi tujuh
lautan itu
menghakis segala
sumpah
mentera ilmu
hitam
yang telah mengikat
ku selama ini
agaknya
menyeberangi tujuh lautan itu
menanam hidup-hidup semangat
yang dipuja
serta jampi serapah
membelenggu hati
atau mungkin
langkah ku ke daerah
itu
adalah langkah sakti
kerna
ada hati tulus bersih
yang sedang menunggu
menanti jawapan
untuk mengubat luka
maha dalam
yang ku fikir tak
terubat selama ini
lelaki ku
maaf
kerna membuat engkau menunggu
tujuh lautan ku seberangi
untuk membiarkan cinta dipatri
mendengar sekali lagi
suara nakal mu merantai hati ku
Karen Blixen Museum- Copenhagen
Disember 2014.
KATA UNTUK SEORANG
LELAKI
Jangan bina istana
untuk ku
Jika niat mu
Mengurung ku di
dalamnya
Buat libur mu
Waktu resah kecewa di
malam panjang mu
Jangan sarungkan cincin itu
Jika niat mu
Merantai hidup ku
Di hujung hari mu
Jangan nyatakan rasa
cinta di dada itu
Jika ianya hanya
untuk mengisi
Sisa hidup mu yang
kian suram
Dengan harapan aku
berpaling arah
Melupakan jalan yang
sekian lama telah ku lalui
Dan sekian banyak puncak yang telah ku daki
Lelaki ku
Binalah sebuah pondok
untuk ku
Isikan ia
banyak-banyak dengan kejujuran
Sarungkan cincin itu
Dengan rantai kasih
untuk melilit ku
Ucaplah kasih mu
Jika ia cukup benar
Bahawa itulah yang
ada dalam hati mu
Maaf
Aku terlalu tua
Untuk pura-pura tidak
mengerti
Rentak tari mu
Julai 2011 – KL
nota:: Puisi ini telah lama ditulis dan disiarkan dalam blog ini tetapi entah kenapa telah hilang
tanpa saya sedari. Maaf dari saya - Siti Ruqaiyah Hashim
0 comments:
Post a Comment