Puteri Gunung Ledang yang ditemui Tun Mamat
meminta jambatan emas dan perak
air pinang muda dan air mata
semangkuk darah anak raja
untuk mendidik sultan yang beraja di hati
Puteri Gunung Ledang 2
tidak mahu itu semua
mahar yang minta dibawakan
hanyalah sebuah Al Quran terpakai
bukan untuk mengajar sesiapa
tapi untuk menguji
ketulusan hati budi
seorang ilmuan
yang kononya tersesat
mahu kembali ke pangkal jalan
ternyata
itu semua hanya permainan
politikus songsang itu
yang hampir kelemasan
di air bersih jernih
kerna ia hanya hebat
di kolam kotor
bersama kekotorannya
dan mereka yang sejenis denganya
rupanya
ilmuan itu memerlukan
pasport baru putih bersih
kerna ia hanya juak-juak kesayangan
yang semakin kehilangan pentas permainan
dan kelihatan
tak lebih dari seekor sesumpah panca warna
Puteri Gunung Ledang 1 dan 2
hidup di zaman berbeza
tapi mereka tak pernah hilang kewarasan
dengan mudah mempamerkan
kerakusan ketamakan siasah murahan manusia keliru
kerna hati nuraninya berpaksikan doa
kebenaran maknawi menjadi hambatannya
berkat doa
Almarhum nenda seorang ulama
31/12/2005.
Thursday, June 30, 2011
MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG 2
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 1:29 AM 0 comments
Wednesday, June 22, 2011
SEORANG SENIMAN KELIRU
sejak awal
sudah terlihat
wajahnya yang sebenar
dan lakon yang bakal ku saksikan
sedikit pun aku tak terkejut
kerna seperti yang lain
dia menjadi alat mereka
tanpa disedarinya
dia masuk perangkap itu
lalu lengkaplah sudah potret itu
bukan lagi igauan kacau di mayapada
benarkah seorang seniman
wujud dalam diri mu
atau oportunis murahan yang memualkan?
saban hari
engkau menjaja keharuman politikus songsang itu
yang membeli jiwa mu
dengan jutaan ringgit
maaf
aku mengenali dia
dengan kaca mata ku sendiri
sejak berdekad dulu
hingga saat ini
aku belum mampu memaafkan
kerna terlalu besar dosanya kepada ku
seniman itu
ku kira cukup keliru
kerna se saat dia bercakap tentang tasauf
di saat lain tidak berbaju ia
di hadapan seorang perempuan
dengan kesopanan yang tiada
mungkin mau menggodanya?
ah! menjijikkan
seniman ku
dangkal amat rupanya engkau
untuk orang seperti ku
seni mu pun
terlalu kasar untuk ku
pergi jauh dari ku
Mei 2010.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 10:32 PM 0 comments
Tuesday, June 21, 2011
SEJARAH YANG HAMPIR BERULANG
sewaktu Pangeran Surabaya
Patih Adam namanya
mengadap ke Melaka
Tun Minda
anak kesayangan Bendahara Seri Nara di Raja
masih gadis kecil
berlari-lari di balai rong seri
lalu digurau oleh Bendahara
"Patih Adam anak hamba ini ingin jadi isteri mu"
lalu ketawa semua yang mendengar
"Inggih" kata Patih Adam
masa pun berlalu
dewasalah Tun Minda
sampai perkabaran di Tanah Jawa
manis ayu dan cerdik orangnya
lalu bersiaplah Patih Adam
untuk ke Melaka bagi menuntut janjinya
mengadap ia di hadapan Bendahara
"manira datang hendak menuntut janji andika pakanira
hendak mengahwinkan manira dengan anakanda Tun Minda"
termenung panjang Seri Nara Di Raja mendengar kata
"Benar hamba pernah berkata demikian tapi ia gurauan cuma"
lalu dengan kemarahan yang tak disembunyikan
Patih Adam pun berkata
"Adakah adap dan adat perjodohan itu dipermainkan orang?
Patih Adam mengepung dan menceroboh rumah Tun Minda
menawannya dengan keris terhunus
kain lilitnya diikat di pinggang Tun Minda
pahanya menindih ke paha Tun Minda
banyaklah mati orang Patih Adam
bertikam dengan orang Bendahara
tapi sedikit pun tidak dipedulikan
hingga tinggallah dia seorang
menindih paha Tun Minda dengan keris terhunus
lalu naiklah sang ayahanda ke rumah
belas dan hiba amat
melihat anakanda diperlakukan begitu
dihulurnya puan
sirih pun dikapur
berundinglah mereka
akhirnya
Tun Minda dikahwinkan dengan Patih Adam
begitulah rupanya Melayu itu
tiada ia bergurau senda tentang perjodohan
kerna aibnya teramat sangat jika diperlakukan begitu
datang ke hari ini
hampir berulang cerita itu
mujur kebijaksanaan seorang ayahanda tua
mengubah perjalanan peristiwa
seorang puteri anak gahara yang sedang terluka
ditunangkannya
dengan putera sendiri secara rahsia
setelah tersebar berita
seorang saudara jauh
menjanjikan si anak gahara
kepada seorang Patih Adam
demi siasah dan ketamakan kuasa
berperang juga mereka
hampir tujuh tahun lamanya
persis Bharatayuda
waktu Arjuna lima bersaudara
berbunuhan
melawan Duryodana lima bersaudara
ah!
sejarah darah dan amarah manusia
tak pernah berbeza semenjak pergaduhan qabil dan habil
ramailah panglima yang berkaparan di medan perang
tidak sedikit pun timbul kewarasan
tapi si anak gaharalah yang semakin sakit jiwanya
akhirnya
jernih juga awan kelabu
oleh doa dan ketakwaan
segalanya hanyalah ujian Nya
mahu mempamer
keteguhan hati nurani
keikhlasan hati budi
atau kelamnya lautan kalbu
kerna doa si anak gahara
Dia mempamer yang terbaik untuk dunia dan akhirat
dia yang pandai mengurai kekusutan
memilih perdamaian dan keamanan
bukannya panglima merah yang handal bertikam
membunuh tak henti-henti
kemabukan darah dan hilang kewarasan
si anak gahara
menerima segalanya penuh keredaan
terima kasih kepada ayahanda yang bijaksana
kerna dalam firasatnya
membaca jauh ke hadapan
lalu amuk si orang Jawa pun
tidak berulang di bumi Melayu
Alhamdullilah!
15/6/2011.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 4:55 AM 0 comments
DI TITIK ITU KITA AKAN SAMPAI
lelaki ku
engkaukah itu
berdiri ditepi pintu hati ku
tidak sedikit pun berganjak dari tempat jejak mu
dalam ribut topan
dalam kemarau panjang
dan juga malam kelam
engkaukah itu
lelaki ku?
usah kau hiraukan
permainan badut-badut itu
kerna semakin mereka melangkah
sebenarnya mereka semakin kalah
wajah serta warna mereka juga semakin jelas
lelaki ku
lontarkan jauh-jauh
resah gelisah itu
kerna pasti engkau cukup tau
aku tak pernah kemana-mana
sentiasa berada di situ
dan percayalah
beberapa langkah cuma
sampailah nanti
kita di titik itu
10 Jun 2011
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 3:27 AM 0 comments
Sunday, June 19, 2011
TERUSKAN
teruskan mainan kalian
dan ketawalah
kerna kononnya
engkau telah mengalahkan ku
cuma kalian perlu akui
ia juga menjadikan aku semakin dekat
dengan gunungan bukti
yang semakin menjadi milik ku
sedang kalian semakin jauh dari kebenaran
wajah mu pula semakin jelas kepada ku
terima kasih kerna memberikan kemenangan ini
19 Jun 2011
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 7:59 AM 0 comments
Tuesday, June 7, 2011
KEPULANGAN .
(UNTUK J DAN BONDA BIBI SALMAH)
anak ku
paling manis ke dengar
bila suara mu sayup di hujung sana
berkata
engkau mahu kembali kepada bonda
lalu kata ku
rumah ini milik kita bersama
pintunya sentiasa terbuka buat mu
masuklah bila pun masanya
siang malam pagi mau pun senja
doa bonda
Dia tunjukkan dikau
ke jalan yang benar
bukan kembali kepada ku sahaja
dan bila kau pulang
bonda cukup bahagia
bukan kerna kau kembali kepada ku
tapi kerna doa bonda dimakbul oleh Nya
Allahuakbar
anak ku
simpan pesan ini jauh disudut hati mu
apa pun kesilapan itu
kemaafan sentiasa milik mu
kerna nur kasih itu
sentiasa ada
di dada kita
ketahuilah engkau
bonda tak akan bahagia
jika engkau terus melara.
Ibu,
terima kasih kerna mengajar ku tentang cinta
dengan penuh kesabaran kasih dan sayang
dan menyemai nur itu
menjadi subur di dalam kalbu
hingga masa kini
kerna masih ku ingat pesan mu
jangan sekali-kali berputus asa
bila engkau mempunyai Nya'
Alfatihah untuk bonda.....
7 JUN 2011.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 12:35 AM 0 comments