Thursday, June 30, 2011

MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG 2

Puteri Gunung Ledang yang ditemui Tun Mamat
meminta jambatan emas dan perak
air pinang muda dan air mata
semangkuk darah anak raja
untuk mendidik sultan yang beraja di hati

Puteri Gunung Ledang 2
tidak mahu itu semua
mahar yang minta dibawakan
hanyalah sebuah Al Quran terpakai
bukan untuk mengajar sesiapa
tapi untuk menguji
ketulusan hati budi
seorang ilmuan
yang kononya tersesat
mahu kembali ke pangkal jalan

ternyata
itu semua hanya permainan
politikus songsang itu
yang hampir kelemasan
di air bersih jernih
kerna ia hanya hebat
di kolam kotor
bersama kekotorannya
dan mereka yang sejenis denganya

rupanya
ilmuan itu memerlukan
pasport baru putih bersih
kerna ia hanya juak-juak kesayangan
yang semakin kehilangan pentas permainan
dan kelihatan
tak lebih dari seekor sesumpah panca warna

Puteri Gunung Ledang 1 dan 2
hidup di zaman berbeza
tapi mereka tak pernah hilang kewarasan
dengan mudah mempamerkan
kerakusan ketamakan siasah murahan manusia keliru
kerna hati nuraninya berpaksikan doa
kebenaran maknawi menjadi hambatannya
berkat doa
Almarhum nenda seorang ulama


31/12/2005.

0 comments: