Thursday, July 31, 2008

Ahli Lembaga FINAS

Asalamualaikum dan hi,

Beberapa bulan yang lalu, masa duduk sembang2 dengan Abg.Mat (London) Ibrahim, dia ada cakap, FINAS kena tukar beberapa perkara dalam sistem dia orang yang tak membangunkan industri filem kita. Saya ramai kawan di FINAS juga dan dengan dia orang pun saya selalu sembang. Tapi ada juga baiknya idea Abg.Mat mengenai perlantikan Ahli Lembaga FINAS terutama tentang wakil orang industri yang selama ni dia orang ambil Pengerusi GAFIM sahaja. Ada kewajarannya perkara ini dibuat, tapi elok juga kalau diubah dan dibuat giliran dengan semua persatuan di bawah GAFIM. FDAM, SWAM, PPFM dll semua mewakili berbagai komponen industri. Apa salahnya, satu atau dua tahun di berikan kepada wakil FDAM, kemudian wakil SWAM, kemudian bagi pulak kepada PPFM dll.

Fresh ideas, fresh faces, fresh approaches dll. itulah yang kita akan dapat kalau buat macam ini. Tak adalah segala2nya jadi 'pi mai pi mai dok tang tu juga' (Hatta, pinjam u punya trademark!).
Orang2 dalam persatuan2 filem kita ni pun bukan calang2 belaka. Jangan main2 dan jangan perkecil kebolehan mereka. Dia orang semua ada kelayakan akademik dan praktis dan paling penting pengalaman bekerja yang up to date. Keperluan industri sekarang sanagat berbeza dengan zaman Studio Jalan Ampas dulu. Kita perlu pemikiran dan pendekatan baru dalam menghadapi suasana yang berbeza. The rules have changed! Jadi beri mereka peluang untuk berkongsi kebolehan dan kepakaran. Tokoh2 senior macam yang ada sekarang bukan tak bagus. Mereka tu banyak pengalaman, tapi macam parti politik juga, kita perlukan 'peremajaan' organisasi. Dalam bab ini, orang2 dalam persatuan filem ini pun bukannya muda2 belaka. Semuanya dah cukup mature dan boleh 'baca' iklim di dalam dan di luar industri. Saya bukan sokong idea ni sebab dia orang tu semua kawan2 saya, tapi ada logik dan keperluannya perkara ini di buat.

Satu lagi isu, ialah tentang seminar2 yang dibuat oleh FINAS dan KPKKW. Dah banyak kali kita dengar, masalah pemasaran industri filem bukan isolated. Banyak hal dan agency yang perlu bergabung tenaga untuk turut serta selesaikan masalahnya. Tapi setiap kali seminar yang datang orang industri filem dan suku-sakat dia orang saja! Orang MITI, Maltrade, Pelancongan tak pernah nampak muka. Filem bukan mengenai hiburan saja tuan2!! Dan selagi kita berfikiran bahawa filem is just about art and entertainment, we will be cracking our heads along those lines only. C'mon, America does not send warships and stealth fighters only in dominating the world.
Kita bukan nak dominate dunia tapi kita juga ada hak untuk wujud di dunia ni dengan cara dan budaya kita. Ada 300 juta orang Melayu di seluruh dunia dan ini satu jumlah yang besar bukan kecil. Kita berhak mempromosi seni dan budaya kita di peringkat yang lebih tinggi dan itu bukan racist namanya. Kerana itulah yang di prescribe oleh UNESCO. So whats the bid deal?
Macam slogan Nike ' Just do it'!!!

sayang kepada semua.

0 comments: