Asalamualaikum dan Hi,
Dah 50 tahun kita merdeka. Dengan segala pomps and glitter, kita belanjakan begitu banyak wang untuk menyambut kita punya 50th anniversary. Yet the other day, ada orang kementerian yang cakap kita tak mampu nak buat Kpg Budaya di setiap negeri kerana mahal dan kita tak ada bajet. Mesti entah dah berapa ratus kali alasan tu diberikan setiap kali hal ini timbul. Soalnya kenapa tak adakan bajet tu sejak dari dulu atau dibuat kecil2an dulu? Projek Kpg.Budaya ni bukan kena start dengan perancangan projek yang grand dan mahal hingga kena shelf projek2 lain untuk buat kpg budaya nya! Mulakan dengan projek yang kecil dan tidak mahal di setiap negeri dan pelan2 kembangkan dan bangunkan dengan baik bila dah ada bajet. Macam buat rumah lah juga. Dah tak mampu, buat pondok dulu, lepas tu buat annexe yang lebih besar dan besar. Susah sangat ke nak fikir macam tu? Please dont mind the bahasa rojak here, ini cakap2 yang personal so sapa pun boleh cakap macam mana dia nak. Suka hati la kan?
Suatu masa dulu, KL ni orang semua panggil cultural dessert! Sebab tak ada apa yang berlaku dan tak ada cultural activities yang boleh dibanggakan. Jadi pelancong yang datang semua dibawa pergi tengok beruk panjat kelapa! Dan kata tour guide nya bila beruk tu mogok tak mau panjat kelapa, tuan dia (org Melayu) akan panjat. Jadi job prescription beruk dengan tuan dia sama. At one time, heboh juga dalam surat khabar hal ni sebab ada orang Melayu yang rasa amat terhina dengan ketidak-sensitifan si pemandu pelancong. Saya tak ingat, tapi mungkin Awang Selamat from Utusan Malaysia yang tulis bab ni. Masa tu saya muda lagi dan dah lama perkara ni berlaku. Dan bila aktivis2 seni semua bising, dan masing2 berkorban apa saja buat kumpulan teater macam Anak Alam dll. dan semua rumah buruk yang dah nak roboh di tukar jadi galeri, teater dll. barulah kerajaan buka mata dan start bagi bajet. Tu lah lahirnya Istana Budaya, Panggung DBKL dll. Tiba2 ada pulak duit berlambak2 !!! Its a question of priority and sensitivity dan tak lebih dari itu.
Kenapa penting sangat Kpg.Budaya ni? Pelancong kita makin ramai dan kita terhegeh2 pergi buat promosi Tahun Melawat Malaysia dll setiap tahun.Jadi bila pelancong dah ramai, dia orang nak tengok apa bila datang Malaysia? Semuanya nak tengok KLCC saje ke? Kemudian pergi clubbing? Sebab tu ada orang cadangkan pusat hiburan di Lembah Kelang ni di buka sampai 5 pagi! Kurang ke disko dan pub di London, New York, Tokyo,Rio de Janeiro dll? Tak ada ke orang yang terfikir pelancong datang sini kerana dia nak tengok dan mengalami perkara2 yang berbeza dan tak ada dii tempat dia? Tanyalah diri sendiri, bila pergi melancong ke tempat lain, apa yang kita nak tengok? Nak pergi cari roti canai, nasi ayam dan teh tarik? Dan kerana kesenian tradisi kita dah semuanya nak jadi dinosaur kata Prof.Rahmah Bujang (dan saya tambah jangan sampai jadi fosil!) bagi lah tempat kepada tok dalang wayang kulit, pakyung dan makyung, chinggay dan opera China dll.untuk buat pertunjukan. Benda ni semua tak ada di Coventary, tak ada di Boston, Kobe atau pun Santiago, jadi kalau ada di KL dan hotel2 dibekalkan dengan pamplet promosi yang baik untuk tempat2 ini, pelancong akan pergi tengok dan pasti jadi pengalaman yang amat disukai oleh mereka (dan keluarga mereka)!!
Ramai kawan2 saya cakap orang2 di kementerian yang berkenaan dan yang berkaitan (spt.pelancongan) bukannya nak mempromosi budaya dan keseniaan tempatan tapi nak 'memfosilkan'nya. Hari tu saya interviu Mohram dan Idris Sardi, semua pun cakap macam tu. Si Mohar dengan Ramli tu orang Jepun dan Eropah datang KL sebab nak tengok dia orang punya konsert!! Dan muzik dia orang adalah muzik hybrid tradisional. Jadi maknanya ramai orang di dunia ni yang boleh appreciate benda2 ni. Si Jerry Kame dari Sarawak pun main sape di seluruh dunia dan tak henti2 dapat jemputan! UNESCO dah umumkan dasar kepelbagaian budaya, kenapa kita tak mau ambil kesempatan dan promosi kesenian kita yang unik dan tak ada di tempat lain sebagai satu aspek kepelbagaian budaya dunia ni? Bila lagi nak buat? Inilah masanya. Kita tak payah buat promosi Mozart, Wagner, Bach dll. Tu semua dah cukup terkenal dan tak perlu promosi lagi. Yang orang tak kenal ialah Dabus, Kuda Kepang, Barongan dll.
Selamat berfikir.
Tuesday, July 29, 2008
Kenapa Tak ada Kpg Budaya di Lembah Kelang?
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 1:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment