Asalamualaikum dan Hi,
Setiap kali pergi ke Istana Budaya, saya jadi sedih. Entah kenapa, sepanjang tahun dia orang nak berkempen untuk pilihan raya! Gambar dan poster tokoh2 politik kerajaan di letak di semua tiang bangunan ini (bahagian dalamnya). Apa ni? Kita ni nak jadi masyarakat megalomania ke? Perlu kah gambar2 besar pemimpin macam dipraktis di Afrika dan Middle East kita nak tiru? What are we up to? Pelik tapi saya yakin orang di Istana Budaya boleh berfikir sangat2 dalam perkara2 macam ni.
Kalau ia pun nak letak juga berpada2 lah dan letak la apa yang patut tapi jangan melebih2! Tapi kenapa tak letak gambar tokoh2 budaya dan seni pementasan kita yang dah lama memberi khidmat bakti dia orang selama ini? Bukan semua dapat anugerah Dato, Tan Sri dll. tapi letaklah gambar2 dia orang di dinding Istana Budaya dan ruang2 nak naik ke tingkat atas,( ke tandas pun tak apa kalau dah tak ada tempat!) dll. Ini idea Abang Zulkifli Zain yang saya sangat setuju. Kita tak pernah fikir macam mana nak beri pengiktirafan kepada seniman2 kita yang dah banyak berjasa dan mati2an dan tak jadi kaya raya kerana jadi orang seni!!Tapi kita bising siang malam nak martabatkan seni dan budaya kita. Perkara2 kecil ni memang kecil tapi yang kecil2 tu la yang bertimbun dan jadi besar lama2. Sekurang2nya FINAS buat usaha yang sangat baik dalam bab ini. Nak naik tangga ke tingkat atas tu, ada juga gambar P.Ramlee, Omar Rojik, Saadiah dll artis veteran kita. Thats appreciation namanya. Dan FINAS tak pernah lupa jemput artis2 veteran kita dalam setiap functions dia orang. Tapi di Istana Budaya, Seniman Negara pun kena beli tiket sendiri kalau nak menonton teater di situ. Apa ni?
Dengan penuh kasih sayang,
Siti Ruqaiyah Hashim.
Wednesday, July 30, 2008
Oh Istana Budaya!!!
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 6:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment