Saya menonton filem The Life of Pi sekali lagi baru-baru ini. Jadi tiga kali saya menontonnya musim ini. Kali ini saya cuba mencari perkara lain yang saya tak nampak sebelum ini yang mungkin dilihat olehn orang lain. Saya tidak membaca buku karangan Yann Martel yang di adaptasi dengan intim sekali oleh Ang Lee. Tetapi dari mereka yang membacanya memberitau bahawa Ang Lee menterjemah hampir 100% apa yang berada dalam pemikiran Yann Martel. Jadi perlu diingat bahawa apa yang divisualkan dan imej dalam filem Ang Lee adalah merupakan pemikiran Yann Martel. Jadi apa pun interpetasi seseorang tentang filem The Life Of Pi arahan Ang Lee jangan sesekali melupakan fakta bahawa pemikiran Yann Martel menunjangi lakon layarnya. Seseorang mungkin melihat Ang Lee bercakap tentang perkara lain di sebalik visual yang dipaparkan, tetapi apa pula yang berada dalam pemikiran Yann Martel? Dan sedikit latar-belakang kehidupannya keduanya amat perlu sebelum seseorang cuba mengatakan itu dan ini tentang karya ini.
Bagi saya, The Life Of Pi karangan Yann Martel dan filem arahan Ang Lee tetap bercakap tentang pencarian. Mencari diri, mencari identiti, mencari Tuhan, mencari tujuan dan makna kehidupan dan segala yang tidak jelas dalam kehidupan seseorang. Bagi yang berhadapan dengan senario alienasi dari persekitaran mereka perkara-perkara ini adalah sesuatu yang sering berlaku dan amat normal di rasai. Berada dipuncak kejayaan, berada dalam masyarakat lain malah berada dalam kumpulan yang tidak sehaluan dengan kita juga mungkin meng'alienasi' seseorang dari persekitarannya. Orang filem mungkin melihat segala imageri dalam visual Ang Lee/Yann Martel dari konteks filem. Seorang 'Taliban' mungkin melihatnya dari sudut pandangan Taliban dan begitulah seterusnya. Tetapi kritikan seni harus berasaskan ilmu dan fakta bukan emosi dan kecenderungan politik dan kepercayaan seseorang.
Dalam program di History Channel yang ditayangkan semalam bertajuk 'Proving God' ada peringatan penting di permulaannya yang mengingatkan penonton dokumentari ini tidak mengikut pandangan Islam. Mereka cukup prihatin saya kira kerana meletakkan peringatan sebegitu. Jadi kita juga perlu menerima bahawa novel dan filem The Life of Pi bukan untuk menghina agama siapa pun. Yann Martel sebagai manusia barat yang hidup dalam persekitaran yang sudah lama mengenepikan agama adalah seorang pencari yang sedang bergelut mencari makna dan banyak perkara dalam kehidupan dan kewujudannya di dunia ini.
Sunday, December 23, 2012
Menonton The Life Of Pi sekali lagi
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 6:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment