25 TAHUN KARYA-KARYA
ZHANG YIMOU
OLEH: SITI RUQAIYAH
HASHIM.
Dalam ucapan
penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Fine Arts oleh Universiti Yale, salahsebuah universiti
terkemuka di dunia, Zhang Yimou dikatakan ‘seorang genius dengan kamera dan sinematografi’. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 2010 dua tahun
selepas Majalah Time meletakkan pengarah
filem tersohor China ini di tempat kedua sebagai Tokoh Tahun 2008.
Steven Spielberg pengarah tersohor
Hollywood dengan penuh rasa hormat dan
rendah diri pernah berkata “
Intipati Majlis Pembukaan Olimpik Zhang Yimou adalah idea yang mengatakan konflik dalam manusia
adalah keinginan kepada ketenangan jiwa. Tema inilah yang telah diterokai dan disempurnakan
dalam filemnya samada ianya mengenai kehidupan seorang petani biasa maupun golongan
bangsawan.. .. Pada petang ini yang dipenuhi
keindahan visual dan emosi yang mengkagumkan,
beliau mendidik, mencerahkan dan menghiburkan kita semua.” Beliau merujuk kepada
sumbangan kreatif terhebat Zhang Yimou untuk
majlis pembukaan Olimpik Beijing yang lalu.
Trilogi Red Sorghum, Ju Dou dan Raise The Red Lantern
merupakan filem awal Zhang paling banyak diperkatakan
kerana menggunakan alegori dengan mempamerkan watak wanita dengan karekter yang kuat dan psikologi yang kompleks melalui berbagai perkara yang menekanreka oleh watak lelaki
yang dominan. Dalam dekad pertama proses beliau
berkarya , Zhang menekuni tema ini dengan
begitu ketara sekali dan ianya sukar untuk dilihat sebagai suatu kebetulan
sahaja.
Malah dalam
filem Curse Of The Golden Flowers (2010)
dan Flowers of War (2012) juga wanita menjadi mangsa
kerakusan kuasa, perang dan lelaki
dari order lama yang mungkin
merupakan perlambangan kepada
ibunda dan negara yang menjadi mangsa kepada pergolakan sejarah, sosial dan politik China
yang cukup bergelora sejak dari dahulu hingga ke zaman moden ini.
Hingga ke hari ini,
Zhang tidak pernah menjawap atau
mengiyakan soalan yang diajukan kepadanya
tentang tema-tema sebegini. Sebagai
seorang remaja berumur 17 tahun ketika Revolusi Kebudayaan
dilancarkan dan terpaksa menjual
darahnya untuk membeli kamera, tentu banyak yang mahu
diperkatakan oleh Zhang. Beliau cukup
malang kerana bapanya seorang pegawai tentera
Koumintang yang menentang komunis dan seorang abangnya lari ke Taiwan ketika tentera Mao menguasai China. Beliau terpaksa
berhenti sekolah dan dihantar bekerja di sebuah kilang tekstil
ketika berumur 16 tahun untuk ‘pendidikan semula’ walau pun dia merupakan seorang
pelajar paling bijak dalam kelasnya.
Seperti kata
pengkritik Cassandra James Zhang
percaya dengan karya yang
memaparkan cerita kesusahan,
penderitaan dan ketahanan rakyat China yang telah melalui banyak zaman sukar dalam sejarah mereka.
Dengan tamadun lebih dari 3000 tahun, China telah melalui sejarah panjang sukar dan
senang, kemakmuran dan kebuluran, peperangan antara wilayah dan dengan negara asing, perang
saudara dan juga perang untuk penyatuan. Dan semua ini telah dilalui oleh rakyat China dan
menjadi inspirasi penting dan asas utama kepada karya-karya Zhang dari awal hingga sekarang.
Dan seperti yang kita
semua ketahui, di mana dan dalam apa situasi sekali pun, manusia perlu dan akan bertahan dan
melawan apa juga nasib malang yang mereka hadapi dan lalui dan inilah
yang dipaparkan dalam
karya-karya Zhang Yimou. Perjuangan manusia dalam menghadapi persekitaran kehidupan mereka yang
menekan merupakan satu faktor penting
filem Zhang yang menjadikan cukup
menarik dengan penceritaan yang mencengkam dan tidak memberikan peluang kepada
penonton melepaskannya. Beliau memang seorang pencerita yang hebat.
Filem-filem Yimou
juga bermain dengan alegori warna
terang melambangkan emosi dan situasi yang melahirkan mood
yang tertentu. Paling ketara ialah dalam filem Hero yang diterbitkan dalam tahun 2002. Pun
begitu, filem-filem awalnya juga terserlah dengan penggunaan warna yang mencernakan situasi
dan memperkatakan sesuatu dengan halus. Terlatih sebagai seorang sinematografer, Yimou
mengadunkan warna dengan aksi babak yang melahirkan visual yang cukup hebat dan kuat.
Beliau juga bereksperimen dalam filem Not one
Less dengan mengambil pelakon kanak-kanak yang tidak terlatih.
Bukan itu saja dia menyembunyikan kamera
di tempat yang tidak disedari oleh pelakonnya dan
merakam gambar mereka untuk babak dalam filem ini dalam aksi dan mimik muka yang cukup
natural dan bersahaja. Suatu eksperimentasi yang menarik dan sedikit esentrik sekaligus.
Memasuki milenia baru
Zhang dan ramai pengarah Generasi Ke
Lima China berkarya dengan filem ‘wuxia’ yang
membawakan kesatriaan dan kepahlawanan melalui kisah-kisah kungfu, shaolin dan ‘seni
peperangan’ China. Zhang membawakan ‘The Hero, House of Flying Dagger
dan Curse of The Golden
Flower’. Hero mendapat sambutan hangat
di Amerika Syarikat dan mengutip jumlah box office
yang tinggi hampir RM300 juta selain menang berbagai anugerah di seluruh dunia. Filem Hero
dengan kos sekitar RM60 juta menyaksikan permulaan bajet filem Zhang yang semakin besar dan
penglibatan syarikat filem Barat yang membiayainya.Bukan itu saja, syarikat pengedaran filem
terkenal seperti Miramax, Buena Vista dan lain-lain mula mengedarkan filem-filemnya di seluruh
dunia termasuk yang dilarang tayangannya di China seperti Red Sorghum dan Raise The Red
Lantern.
Beberapa tahun
kebelakangan, Zhang mula mengambil
beberapa pengarah muda dari Asia dan menjadi mentor
mereka. Seorang daripadanya adalah pengarah filem Palestin yang menang di Festival Doha yang
lahir dan besar disebuah kem pelarian . Zhang yang cukup terkesan ketika masih muda bila
melihat Akira Kurosawa di usia 80 tahun di Festival Cannes berkata ‘saya masih belajar membuat
filem’ ternyata tahu memberi balik kepada khalayak filem dari seluruh dunia yang
mengkaguminya sejak 25 tahun lalu. Sifat
merendah diri Akira Kurosawa yang merupakan salah seorang idola
Zhang ketika di Akademi Filem Beijing dulu ternyata bukan sahaja mempengaruhi
filem-filemnya. Zhang Yimou sememangnya
seorang seniman sejati yang bukan sahaja memperkatakan
penderitaan dan kemanusiaan dalam filemnya, tetapi melakukan sesuatu yang cukup besar
maknanya kepada mereka yang cukup malang dan hidup dalam keadaanyang cukup
tertekan.
(ARTIKEL DI ATAS ADALAH BAHAGIAN KEDUA DARIPADA ARTIKEL TERDAHULU BERTAJUK IMPAK PENGARAH GENERASI KE LIMA FILEM CHINA. SEBAHAGIAN DARIPADANYA ADALAH MERUPAKAN KATA PENGANTAR KEPADA BUKU MENGENAI PENGARAH FILEM GENERASI KE LIMA. ARTIKEL DI ATAS TELAH DISIARKAN DALAM BERITA HARIAN BERTARIKH 11 JANUARI 2014).
jumlah box office
yang tinggi hampir RM300 juta selain menang berbagai anugerah di seluruh