DI DAERAH SUNYI INI
(Untuk Mak)
Bertahun merindui mu
mengenang hilai tawa renung mesra
kadang kala jelingan yang menakutkan
aku kembara sendiri ke daerah ini
hinggalah putera berkata cukup bijaksana
bahawa aku tak pernah mengenali bapa
tak pernah memberi peluang Kepadanya
kerna semua ruang sudah kau isi
kata itu cukup menyentak
berhari-hari termangu aku dibuatnya
kiranya putra cukup arif
dalam usia muda
dia dewasa oleh pedih luka
jatuh bangun dalam pelarian
mencari diri
mencari erti hidup ini
baru ku sedari
sememangnya tempat mu sudah terisi
tapi bapa juga cukup ada dalam diri ku
ianya cukup menyenangkan
menyedari
mereka yang membuat aku teguh di sini
setapak pun tidak undur
bonda
terima kasih kerna sentiasa di sisi
menyedarkan diri
aku tak pernah kau tinggalkan
Al-Fatihah
19/1/2012
Tuesday, February 7, 2012
PUISI LAGI
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment