adik ku
    untuk sekian lamanya
    aku kasihan melihat mu
    terlonta-lonta mencari arah
    mencari diri
    mencari tujuan dalam hidup ini
    adik ku
    sekali pun tidak terfikir oleh ku
    segala yang ada dalam genggam mu
    masih belum cukup
    atau 
    masih belum dapat melegakan haus mu?
    lalu kau terus mencari dan mencari
    aku pun terus kasihan 
    kerna melihat mu begitu
    
    sesekali timbul persoalan dalam diri ku
    antara kita 
    siapakah yang lebih derita sebenarnya?
    kerna aku kurang pasti 
    apakah akan ketemu apa yang kau cari?
    tapi sudah lama mahu ku katakan
    berlaku jujurlah dengan diri mu
    berlaku jujurlah dengan hidup mu
    berlaku jujurlah dengan semua orang disekeliling mu
    kerna jika itu telah kau gapai
    kau tak kan terlonta-lonta lagi 
    mencari diri,
    mencari arah 
    mencari tuju
    mencari apa yang tidak kau tahu
    tiada dalam diri mu
    
   13 Julai 2010.
Tuesday, July 19, 2011
DIALOG PEREMPUAN KEPADA PEREMPUAN 2
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 11:26 PM 0 comments
Sunday, July 10, 2011
DIALOG PEREMPUAN KEPADA PEREMPUAN 1
kalau hari ini
anak gadis mu
gundah tersiksa
cerita hodoh bapa mereka
tersebar seluruh dunia
jangan jadikan anak ku
tempat menagih simpati
kerna berdekad sudah
penuh onak hidup mereka
permainan juak-juak suami mu
si abang
pernah demam
kilauan bilah 
sejuk besi
di pangkal leher
mungkin masih terasa hingga kini
adiknya pula
hampir dijemput maut
kerna kemalangan yang dirancang
aku sendiri
masih terigau 
dengan segala yang berlaku
mungkin untuk selamanya
jadi 
jangan tagih simpati anak-anak ku
jika anak-anak mu tersiksa kali ini
aku pasti 
engkau cukup mengerti
kita adalah manusia yang terperangkap
permainan mereka di sekeliling
yang kehilangan hati nurani
kepupusan hati budi
lalu terlantar kita
dalam arus ganas tanpa henti ini
aku mengerti
tempat duduk mu
tapi ianya hanya di situ
jadi
jangan tagih simpati anak ku
sekiranya anak mu tersiksa
terima saja
segalanya 
tak lebih dari percaturan Nya
menyedarkan manusia
Dialah yang duduk dikerusi kuasa 
29/6/2011
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 5:49 AM 0 comments



