Sunday, October 13, 2013
REVIU ASAL FILEM LE DANIEL'S THE BUTLER
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 3:01 AM 0 comments
Sunday, October 6, 2013
HAPUSKAN NAMA CHIN PENG CADANGAN CERDIK KAH?
Baru-baru ini Dato Ibrahim Ali Pengerusi PERKASA mencadangkan nama Chin Peng dihapuskan daripada semua buku sejarah kita supaya orang tidak ingat lagi kepada beliau. Baguskah cadangan itu?
Saya kurang pasti ia cadangan yang bijak sebab keganasan dan kemusnahan yang dilakukan oleh PKM perlu tidak dilupuskan dari sejarah kita untuk mengingatkan generasi akan datang tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM. Kalau dilupuskan bab tentang keganasan mereka, itulah yang dikehendaki oleh penyokong mereka.
Tidak ada kisah kekejaman Chin Peng ditulis adalah langkah awal untuk mereka menulis semula tentang peranan Chin Peng yang kononnya pejuang kemerdekaan Malaysia. Kita perlu berhati-hati tentang perkara ini sebab kalau keganasan PKM tidak terus ditulis, satu hari esok adalah puak yang akan menulis sejarah Malaysia versi mereka dan menggambarkan Chin Peng sebagai wira dan telah dizalimi!
Dato Ibrahim Ali perlu jangan lebih terlajak dari laju!
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 7:52 PM 0 comments
Wednesday, October 2, 2013
THE BUTLER YANG MESTI DITONTON!
Setelah dua kali menonton filem The Butler penulis hanya boleh katakan filem ini mesti ditonton oleh semua peminat filem, penganalisis sosio-ekonomi-politik Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Satu 'tour de force' sejarah-sosio-ekonomi-politik rakyat Amerika keturunan Afrika yang merupakan 15 peratus daripada seluruh penduduk Amerika Syarikat. Dengan ramai bintang 'heavyweight' Hollywood dan pemameran lakonan cemerlang Jonathan Winters, Oprah Winfrey dan lain-lain, golongan Caucasian di Negara terkuat dan terhebat ini mungkin sedang melalui detik-detik pedih dan sukar membayar 'rasa bersalah' perbuatan datuk nenek mereka terhadap mereka yang berketurunan Afrika.
Filem Django Unchained mungkin hanya permulaan saya kira. The Butler mengungkap segala-galanya tentang kepedihan, kelukaan dan kekeliruan yang telah dilalui oleh negara yang tidak pernah berhenti bercakap tentang hak asasi manusia ini. Semoga filem ini menang di Anugerah Akademi dan lain-lain festival besar filem di seluruh dunia!
InsyaAllah reviu filem ini akan disiarkan sedikit masa lagi dalam sebuah akhbar arus perdana.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:48 PM 0 comments
REVIU ASAL VIKINGDOM
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:16 PM 0 comments
Sunday, May 12, 2013
Galeri Sultan Azlan Shah
memilih dan membuat penyelidikan dan hasil cetusan idea dan perkenan baginda adalah apa yang
dipamer di galeri ini. Tujuannya kerana baginda mahu menanam kesedaran kepada golongan
muda tentang pentingnya pendidikan” Demikian kata-kata awal pembuka cerita yang disampaikan
kepada penulis serta jurugambar Farhan Najib dari Ipoh. Mungkin sentuhan profesyenal pegawai
arkib seperti Puan Nor Jannati Ibrahim yang menjadikan pemameran artifak di galeri ini begitu
rupa jadinya dan terasa ‘hidup’ punya ‘jiwa’ dan ‘bercakap’ kepada mereka yang melawatnya,
demikian bisik hati penulis.
semayami oleh DYMM Sultan Perak ke 28 iaitu Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah yang merupakan
ayahanda kepada nenda DYMM Sultan Azlan Shah sendiri. Dikenali dengan nama Istana Ulu dan di
bina dalam tahun 1898, arkiteknya adalah Kapten Maurice Alexander Cameron yang merupakan
Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukir Negeri-Negeri Selat ketika itu. Banyak persamaan
dalam rekabentuk Istana Ulu ini yang terlihat pada bangunan seperti Dewan Bandaraya, Mahkamah
Tinggi dan Stesen Keretapi di Ipoh serta Istana Negara yang terbina dalam era yang sama.
set pinggan mangkuk yang masih sempurna dan digunakan di istana ini pada tahun 1902. Pada
setiap artifak ini tertulis nama baginda dalam tulisan jawi. Tidak kurang pentingnya ialah gambar
baginda yang diambil ketika menghadiri majlis Pertabalan King George ke 5 di England dalam
busana di raja yang direka khas untuk majlis ini. Busana ini hampir menyerupai sut kolar Nehru yang
banyak dipakai ketika ini kerana baginda tidak dibenarkan memakai sut barat seperti yang dipakai oleh orang barat. Ini bertujuan untuk membezakan baginda seorang raja dari koloni Britain
dari orang barat lain. Fakta sensitif sebegini mungkin tidak dapat dibaca dalam buku sejarah mana
pun, tetapi gambar Alrmarhum Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah di Galeri SAS ini menceritakan
segala-galanya,
jujur, tegas dan berani demi menegakkan kesaksamaan, keadilan dan kebenaran. Banyak anugerah perundangan daripada universiti luar negeri yang diterima oleh baginda dipamerkan di galeri ini yang menjadi testimoni kepada kejayaan membina imej perkhidmatan kehakiman yang dihormati dan baik dengan baginda sebaga salah seorang ‘pemain’ utamanya yang mencorakkan sistem perundangan kita untuk suatu waktu yang lama.
melawati Galeri SAS ini. Mungkin pihak pengurusan Galeri perlu mengadakan banyak kerjasama
dengan IPT tempatan dan badan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan pemuliharaan warisan dan
sejarah untuk menganjurkan seminar dan berbagai majlis ilmu yang akan mendedahkan
kecermerlangan galeri ini dengan artifak yang dipamerkannya kepada ramai orang. Ramai murid
sekolah, penuntut IPT, penyelidik serta pelawat yang telah mendapat manfaat ilmu dari Galeri SAS,
tetapi masih ramai Khalayak yang tidak mengetahui tentangnya dan sesuatu perlu dilakukan tentang perkara ini. Paling penting, galeri dengan pemameran koleksi yang baik dengan sentuhan
peribadi DYMM Sultan Perak ini adalah suatu aset Negeri Perak dan Malaysia yang penting dan
setaraf dengan beberapa galeri termashyur di seluruh dunia. Banyak yang boleh dipelajari secara
santai dengan melawat galeri seperti ini.
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 6:38 PM 0 comments
Thursday, April 4, 2013
Bagi semua yang telah menonton filem cantik Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba
yang masih entah bila akan ditayangkan, pasti akan mengatakan tidak ada detik yang lebih baik
untuk menayangkannya selain daripada sekarang. Senario politik kebelakangan yang amat mencabar di Sabah hanyalah suatu pengesahan bahawa filem kenegaraan seperti Tanda Putera amat diperlukan dari semasa ke semasa untuk memastikan generasi muda sekarang tidak muflis
patriotisme mereka kerana kesilapan kita meminggirkan pelajaran sejarah suatu ketika dulu.
dipaparkan persahabatan dan keakraban beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya berlainan
kaum dengan seorang pensyarah mereka dari keturunan Serani. Apakah seorang yang rasis
pemikirannya akan memaparkan adegan sebegini jika ia sememangnya rasis?
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 1:40 AM 0 comments
Thursday, March 21, 2013
MUSIM PUISI DATANG LAGI
melihat saudara-saudara ku
memikir dan merenung
kulit mu tidak lagi sawo matang
sudah jarang ku dengar dari mulut mu
lalu di tanah yang pernah merah ini
banyak tangan kotor di belakang itu
Posted by Siti Ruqaiyah Hashim at 8:58 PM 0 comments
